in ,

Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri

Mahkamah Majistret memerintahkan pelakon filem drama Gol & Gincu (watak Puteri), Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin membela diri atas tuduhan mencederakan Geraldine Mariana Wong di sebuah kelab tiga tahun lepas.

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan saksi dan eksibit yang menunjukkan tindakan Fazura dilakukan dengan niat hingga mencederakan mangsa.

Fazura didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira 1.20 pagi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini, 19 Dis 2004.

Dia yang pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem Bicara Hati didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Fazura hadir memakai baju kurung berwarna kuning kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan peguam Muhammad Nasim Shafie yang mewakilinya, memberitahu bahawa anak guamnya itu bersedia membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi.

Aizatul Akmal menetapkan dua hari mulai 12 Feb tahun depan untuk menyambung perbicaraan. Sumber dari BERNAMA

[tags]kes mahkamah fazura, pelakon gol n gincu, profile Nur Fazura Sharifuddin, memek, melayu boleh, britney spears fat, tips hilang lemak, produk sedayu tinggi, lensa oil, Geraldine Mariana Wong, qi, Festival of Rights 2007, A Dance of Wushu, Flower in The Pocket, Rantai Art Event 2007, Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Aladdin the Musical, jln kia peng, Festival Filem Malaysia ke-18, gambar seksi fazura[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Makyung Endeng Tejeli Di Taman Budaya Negeri Kedah

Radhi Study Go! Radhi OAG Dari Rock ke Ulat Buku?