Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM

PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM

Siaran berita Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil yang disiarkan menerusi TV2 sememangnya memiliki pengikutnya tersendiri bagi mengikuti berita-berita terkini dan perkembangan terbaharu yang berlaku samada di dalam dan luar negara.
 
Justeru siaran berita tiga bahasa itu dapat diikuti setiap hari hingga penghujung Disember 2008 lalu iaitu berita Inggeris (jam 12.00 hingga 12.30 tengah malam), berita Mandarin (jam 12.00 hingga 12.30 tengah hari dan jam 8.00 hingga 8.30 malam) dan berita Tamil (jam 8.30 hingga 9.00 malam). Manakala Galeri Perdana Mandarin disiarkan lima minit iaitu dari jam 7.55 hingga 8.00 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Namun mulai 1 Januari 2009 lalu, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkannya menerusi TV1 sebelum kemudiannya pada 20 April 2009 lalu, siaran berita ini kembali bersiaran menerusi TV2.

Penukaran waktu itu turut meliputi berita tiga bahasa iaitu Berita Mandarin, Tamil dan Inggeris yang kembali disiarkan pada jam 6.00 petang (Tamil), jam 12.00 tengah hari dan 6.30 petang (Mandarin) dan 08.00 malam (Inggeris). Manakala Galeri Perdana Mandarin pula disiarkan pada jam 12.20 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.

Begitu pun mulai 1 Mei 2009 ini, RTM sekali lagi melakukan perubahan pada jadual waktu siaran beritanya dengan menyiarkan berita bahasa Inggeris (jam 7.00 hingga 7.30 malam), berita Tamil (jam 7.30 hingga 8.00 malam) dan berita Mandarin (jam 8.00 hingga 8.30 malam setiap hari). Penambahan pula berlaku pada berita Inggeris (Daybreak) yang disiarkan semula seperti sebelum berlakunya perubahan 20 April 2009 lalu iaitu disiarkan sepanjang setengah jam setiap hari pada jam 7.00 hingga 7.30 pagi. Sementara Galeri Perdana Mandarin dikekalkan siarannya pada jam 12.20 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.
 
Berikutan perubahan jadual siaran berita yang berlaku, jadual siaran slot-slot program menarik TV2 juga turut mengalami perubahan mulai 1 Mei 2009 ini.

Slot Golden Phoenix yang menyiarkan drama-drama bersiri Cina akan diawalkan siarannya iaitu jam 6.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis manakala Slot Drama Melayu pula menemui penonton jam 8.30 malam setelah tamat siaran Berita Mandarin.

Kepada penonton setia drama bersiri Indonesia, Wulan pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 hingga 4.00 petang. Manakala siaran drama menarik Gelora Di Hati Sara yang mengisi slot Koleksi @ 2 pula disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 1.30 hingga 2.30 petang.  Malah perubahan turut melibatkan slot tontonan ramai, Teater Legenda yang kini menemui penonton setiap hari Isnin jam 9.30 malam. Begitu juga program The Bold & The Beautiful (drama bersiri Inggeris) yang sebelum ini disiarkan jam 3.30 petang kini disiarkan jam 1.00 pagi setiap Isnin hingga Khamis.

Program terbaharu yang mula mendapat tempat di hati penoton terutama dikalangan remaja iaitu Gadis Kosmo dikekal setiap Rabu dan dipercepatkan siarannya iaitu jam 9.30 malam. Manakala program Gerak Khas juga kekal hari Jumaat namun berubah siaran jam 10.30 malam.

Teruskan bersama saluran Dunia Ria, TV2 untuk mengikuti berita Inggeris, Mandarin dan Tamil selain program-program menarik tontonan seisi keluarga.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009
  • Perubahan Jadual TV1 Mulai 1 Mac 2009
  • 8TV Hentikan Siaran Selama 1 Jam Untuk Earth Hour
  • Michael Jackson Memorial Live TV Streaming
  • Rombakan Jadual Hot FM
  • TV3 Menghentikan Siaran 24 Jam Mulai 1 Julai
  • UJIBAKAT PROGRAM REMAJA TV3
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • WARTA WILAYAH DI RTM1



  • 5 Komen untuk entri “PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM”

    1. Wendy kata:

      tiada yg menarik pun tentang RTM ni since dorang tukar siaran Wulan. elok2 kul 6 ptg dialih plak 3 petang. dah lama tengok siaran wulan, tetiba tukar. badigol!!
      mcm mana nak tahu kesudahan wulan!!

    2. nurul dania kata:

      tah…pastu mula la merungut rating tak tinggi…sapa suruh tukaq siaran…takkan depa tak pikiaq, org yang baru abis keje, sudah tentu nak tengok wulan…neh pi buat kui 3 sapa suruh? pastu mula la nak susun program bila tengok rating rendah…tah hapa-hapa…nak buat kelainan, tapi tak kena cara… :-(

    3. semutar kata:

      Malaysia patut mengutamakan berita berbahasa kebangsaan dan bukannya dipenuhi citra bahasa asing. Negara kita Malaysia, dan bukannya Indiasia, Inggerisia ataupun Chinasia.

      Orang Malaysia atau bangsa Malaysia mesti mencirikan dirinya dengan jati diri Malaysia, bahasanya bahasa Melayu, budayanya memenuhi ciri-ciri kebudayaan kebangsaan. Dah bosan melihat iklan di televisyen Malaysia tetapi menggunakan bahasa asing – bahasa Cina atau Tamil.

      Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia. Tetapi bahasa Cina difahami oleh sebahagian rakyat sahaja. Sedangkan bahasa Melayu mesti difahami oleh semua warganengara.

    4. Chitrah Devi kata:

      hai saya nak membuat permohonan untuk pembaca berita tamil.Bolehkah anda beritahu cara -cara untuk membuat permohonan.

    5. vickneswari rengasamy kata:

      saya nak membuat permohonan sebagai pembaca berita. Saya hendak mengetahui cara-cara untuk membuat permohonan tersebut…..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!