in

Peraduan Jom Menonton Filem X-Men Origins: Wolverine

Sebuah filem yang padat dengan aksi, X-Men Origins: Wolverine akan menemui peminat filem mulai 29 April 2009 ini. Sempena tayangan filem yang begitu mendebarkan lakonan hebat Hugh Jackman yang memegang watak Logan aka Wolverine ini, Budiey ingin menawarkan hadiah-hadiah merchandise menarik untuk pembaca semua sertai!

Sinopsis X-Men Origins: Wolverine

X-Men Origins: Wolverine kembali menyorot kisah sebelum bermulanya X-Men trilogy membawa penonton kepada kisah hidup Wolverine yang diperan oleh Hugh Jackman. Tentang keganasan dan tentang kisah percintaan romantisnya dengan seorang wanita. Juga tentang hubungan yang sangat kompleks dengan Victor Creed yang kemudiannya menjadi Sabertooth dan juga menyorot kisah bagaimana Wolverine diperkasakan dengan Weapon X. Sepanjang jalan, ramai juga mutant-mutant yang punya power, sungguh buat anda teruja dan pastinya akan tersentak dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan. Sebuah filem yang pastinya wajib ditonton oleh peminat X-Men.

Layari: http://www.x-menorigins.com

Mahu memenangi hadiah? Haa… Budiey ingin menghadiahkan:

2 X Bottle Opener

2 X Spinning Cell Phone Tag

2 X Grey Muscle Vest

 

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Berikan dua nama watak yang dipegang oleh Hugh Jackman?

Soalan 2:
Siapakah pengarah filem ini?

Soalan 3:
Dimanakah filem ini dilancarkan?

Slogan: Saya ingin menonton filem X-Men Origins: Wolverine kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
20 Mei 2009

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem X-Men Origins: Wolverine

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 28 April 2009

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Album Nasyid Mawi Allah Habeebi

PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM