in

Personaliti TV Jayakan Kasih Sayang Tanpa Sempadan

Tanggungjawab digalas tanpa mengira apa jua latar mahu pun tahap kemampuan. Tindakan Hasnah Mohd. Rais, 76, atau lebih dikenali sebagai Opah Hasnah, menjaga seramai 25 anak yatim berusia dua hingga 19 tahun wajar diberi perhatian.

Kasih Sayang Tanpa Sempadan

Baru-baru ini, atas dasar keprihatinan sekumpulan sahabat #AAKianz dengan kerjasama Great Heart menjalankan usaha gotong-royong membersihkan kediaman Rumah Anak Opah Hasnah di Taman Ros, Kampung Bukit Kuda, Klang sempena Syawal yang bakal tiba.

#AAKianz dianggotai oleh seramai 11 sahabat baik termasuk beberapa personaliti TV Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, Teh Syuhaida Syarip dan Nurul Fariha Onn.

Turut diadakan majlis berbuka puasa dan sumbangan khusus buat penghuni di sini.

Kumpulan ini mengalu-alukan sebarang kerjasama badan organisasi yang ingin turut menyumbang dalam projek prihatin yang akan diadakan pada masa akan datang.

Kasih Sayang Tanpa Sempadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Melakar Pad Tali Pinggang Keledar TOYOTA

Suria FM Anjur Majlis Tahlil Dan Doa Selamat MH17