in ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – PIXELS

Salam semua pembaca Budiey.com, filem PIXELS akan menemui penonton tidak lama lagi. Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem PIXELS yang akan diadakan di GSC 1Utama pada 12 Ogos 2015.

Filem komedi sci-fi 3D dari Hollywood berjudul PIXELS ini merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang alien yang salah melakukan tafsir video game Arcade klasik sebagai deklarasi perang terhadap bumi. Para alien kemudiannya telah melancarkan serangan terhadap bumi dengan menggunakan video game. Presiden Will Cooper (Kevin James) meminta bantuan dari sang sahabat kecilnya bernama Sam Brenner (Adam Sandler). Sam adalah juara video game pada tahun 1980. Sam pun harus memimpin sebuah pasukan video game klasik untuk melawan dan mengalahkan para alien dan menyelamatkan bumi.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 13 Ogos 2015.

Untuk kalian yang menyukai filem yang mencuit hati ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

PIXELS

Peraduan Tayangan Premiere Filem PIXELS

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 Ogos 2015

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere PIXELS – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Selain tiket menghadiri premiere, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah merchandise ini. Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF :

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan siapakah pengarah filem PIXELS

2. Siapakah pelakon yang memegang watak Sam Brenner dalam filem ini?

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya suka menonton filem PIXELS kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Merchandise Filem PIXELS

Tarikh tutup peraduan:

11 Ogos 2015

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan jiwa ini mulai 13 Ogos 2015.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

poster pixels

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem PIXELS

Apabila 5 Keluarga Disatukan Sempena Lebaran