in ,

Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem Vikingdom

Nah! Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini! 

[dropcap]A[/dropcap]nda pengikut setia filem bermutu dari KRU Studios? Anda teruja menantikan VIkingdom berada di pawagam? Anda mahu menghadiri Majlis Gala Filem Vikingdom bersama pengarah Yusry Abdul Halim & selebriti terkenal di Malaysia?

Ya, ini sahaja peluang anda untuk menjadi penonton pertama yang menonton filem yang menelan kos yang cukup besar yang mencecah RM20juta! Satu jumlah yang besar! Rugi rakyat Malaysia tak tonton filem ni.

Sebagai pemerhati perkembangan filem, Budiey juga seperti korang semua, turut merasa teruja untuk jadi penonton pertama dan tak sabar nak menantikan respon orang ramai khususnya anda semua yang suka lepak di laman sosial. Budiey buat penilaian semasa menghadiri Forum The Art of Vikingdom minggu lalu dan dari situ Budiey boleh katakan, bukan sedikit tenaga dan juga masa yang dilaburkan untuk menyiapkan filem ini. Syabas buat KRU Studios yang telah berhempas pulas menggunakan segala kepakaran dan kreativiti untuk mengangkat filem Vikingdom sebagai antara filem bermutu pernah dihasilkan di Malaysia.

Filem Vikingdom The Blood Eclipse bakal bertarung pawagam mulai 12 September 2013 sempena Hari Malaysia.

Poster Vikingdom

Sinopsis Filem Vikingdom –  The Blood Eclipse:

[dropcap]K[/dropcap]isah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.

Diterajui oleh bintang-bintang aksi terkenal daripada Hollywood dan berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D).

Filem ini bakal diedarkan di peringkat antarabangsa oleh Universal Pictures dan bakal ditayangkan di United Kingdom, Norway, Australia, New Zealand dan beberapa luar yang lain. Tayangan di Amerika Syarikat dijadualkan pada 4 Oktober, Thailand (10 Oktober), Jepun 15 Oktober dan Australia pada 16 Oktober.

Menurut pengarah Vikingdom, Yusry Abdul Halim, oleh kerana jalan cerita membabitkan kisah pahlawan Viking yang memerlukan pelakon antarabangsa, pihak KRU Studios berdepan dengan banyak cabaran khususnya masalah untuk mendapatkan pelakon tambahan.

Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem Vikingdom

Sensasi Selebriti dengan kerjasama KRU Studios ingin menghadiahkan 90 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis malam gala gilang gemilang ini:

Tarikh: 11 September 2013

Masa: 8.00 malam

Tempat: TGV Sunway Pyramid

[pullquote align=”right”]90 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan hanya mencipta slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem Vikingdom di TGV Sunway Pyramid.

Ingat hashtag ini: #Vikingdom

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Gala VIkingdom ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook Vikingdom ini:  www.facebook.com/Vikingdom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu kepada emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @KruStudios.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #Vikingdom. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu menonton #Vikingdom dgn @budiey & @KruStudios sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu menonton #Vikingdom dgn @budiey & @KruStudios sbb…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan slogan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem Vikingdom – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
9 September 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada KRU Studios dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 September 2013

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/krustudios & www.facebook.com/Vikingdom

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom

Vikingdom\

Vikingdom

Vikingdom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Futsal Neon Dashing Musim Kedua

Betul Ke Bront Palarae Bernikah Pada 31 Ogos?