Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat?



Anugerah Juara Lagu 2007 baru sahaja menutup tirainya pada 27 Januari 2008 lalu. Mungkin boleh kami katakan inilah AJL yang terhebat dan terbesar yang pernah diadakan oleh pihak TV3. Ianya mungkin menandakan satu permulaan revolusi industri muzik di Malaysia yang semakin malap. Jika dilihat kepada tatarias, persembahan dan penonton di stadium, dapatlah disimpulkan bahawa TV3 berjaya menghidupkan tema ‘Music Is Magic’ seperti yang mereka war-warkan sebelum ini.

Kejayaan kumpulan Estranged memang tidak boleh disangkal. Dengan populariti lagu ‘Itu Kamu’, kumpulan yang dibarisi oleh anak muda ini berjaya mengenepikan beberapa artis yang lebih veteran dari mereka bagi menjadikan trofi AJL 2007 milik mereka. Untuk persembahan terbaik, Mawi masih mengekalkan aura dengan ‘keajaiban’ yang dipersembahkan ketika mendendangkan lagu ‘Angan Dan Sedar.’

 Walaupun, buat pertama kalinya, undian SMS tidak berpihak kepada Mawi yang cukup popular dengan gelaran Raja SMS, tetapi pilihan juri telah menyelamatkan Mawi dari pulang dengan tangan kosong. Kemenangan Mawi juga telah menidakkan kemenangan Dato Siti Nurhaliza yang sebelum ini beberapa kali merangkul anugerah Persembahan Terbaik selepas dimonopoli oleh Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Buat pertama kalinya, mungkin dalam sejarah anugerah di Malaysia, TV3 memperkenalkan ‘centre stage’ sebagai pentas persembahan. Menurut Encik Azhar Borhan, pentas ilham dari Dato Farid Ridzuan ini memberikan satu tarikan yang kuat buat Anugerah Juara Lagu pada kali ini. Untuk rekod, konsep pentas ‘centre stage’ sebelum ini telah diperkenalkan ketika anugerah Golden Globe untuk tahun 2007.

Secara keseluruhan, TV3 dan seluruh tenaga produksi AJL berjaya memberikan satu magic kepada penonton amnya dan memberikan magic kepada industri rakaman tanahair khasnya yang semakin malap. Dengan bajet yang terbesar dan penggunaan skrin LED yang paling banyak dalam penganjuran sesebuah anugerah, pentas yang menarik dan perjalanan anugerah yang lebih tersusun, tidak boleh tidak, produksi Juara Lagu meletakkan satu tahap  baru atau penanda aras dalam penganjuran anugerah di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa gangguan audio ketika persembahan, tetapi pihak produksi secara keseluruhan masih mampu tersenyum lebar kerana berjaya menjadikan Anugerah Juara Lagu 2007 sebagai terhebat dalam penganjurannya selama ini.

Syabas dari kami di Sensasi Selebriti untuk TV3!

[tags]how to be magic, glitter, kes lazar linggam, joni tersingkir, anak pontianak, ida nerina, fauzi nawawi, wedding photo ning baizura, ajl23, anugerah juara lagu 23, keputusan, senarai lagu ajl 23, blog temasek, manjarum blog, cinta mawi, gambar ikin mawi[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata
  • Top 10 Selebriti Lelaki Paling Meletop di AJL25
  • Siapa Finalis Anugerah Juara lagu Ke 24
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23 18 Januari Ini
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Faizal Tahir, Spider, Ziana Zain di Semi-final Muzik-Muzik Kategori Balada
  • Top 20 Selebriti Wanita Paling Gorgeous di AJL25
  • Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22
  • Profile Sarimah Ibrahim



  • 18 Komen untuk entri “Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat?”

    1. bah kata:

      paling tak suke dayang nyanyi. tolong lah! dah la lagu orang, die suke2 arti je tuka segala macam lagu tu. kalau nak buat stail sendiri sekalipun, melodi asal patut nye dikekalkan. ini setiap perkataan, setiap ayat, die tuka cara nyanyi etc. its not professional to change the original song, sampai dah tak kenal itu lagu ape. even orang yg nyanyi lagu2 buat remix ke, melodi nyanyian tu masih dikekalkan. that’s what we call respect!

      dayang nurfaizah has no respect to other songs. she thinks she could make the songs better with her style, but she is absolutely wrong! she is the worst singer ever.

    2. lady_carlorino kata:

      Sokong bah… Dayang Nurfaizah is the ‘penyumbang’ lagu…(membuatkan lagu tu jadi lagi sumbang)… saya dengar pun naik menyampah…..entah apa-apa…

    3. jenab kata:

      pastu sengau pulak tu kalau nyanyi..dia ingt dia sudah tahap diva lah tu.syok sendiri!

    4. imadean kata:

      hmm..kita rase dayang ok jek..dia ada style dia sendri..hmm ntah lah, cita rase lain2..

      neway frust la dato ct x menang prsembahan terbaik. x layak si mamat magik tu menang..asik terkinja2 jek..menang kerana magik tu jek ke?? abih yg ct menari cam nak rak tu xde markah ker?? tgk arr sket..takkan pasal magik tu ikut tema ajl22 terus menang kot!!! frust arr…lain la kalo mamat tu mmg bagus performance dia mlm tu… ni ada yg lagi baik drpd tu… ikut step dr mula spmai abis… mamat tu asik terkinja sana sini jek..isy ntahla!!

    5. fz kata:

      cre dayang nyanyi mmg aku pn xske…bertambah2 xske bl tgk dressup die..plezla..mmg spttnye dato ct yg mng prsembahan trbaik..idea yg mmg segar..besele xnk jd kontroversi kalo dato ct mng..dis is so unfair..seb bek estranged jd jore

    6. salmi kata:

      I also DONT LIKE Dayang singing. plus,she really shud learn how to dress more decently,dah taktahan dh tngk seksi dia tu…Dayang kena ingat NERAKA byk2…

    7. sweeneytodd kata:

      aah aku sokong imadean, mamat yang dimaksudkan tuh bukan buat magic pon sbenarnyer dia cuma pakai 2 lapis baju then bukak jer baju yang kat luar yang tebal semacam tuh so nampak la cam magic. naper la juri2nye xnampak yang baju 1st tuh tebal semacam n seluar baggy tuh. tuh pon nak kata magik. xpaham aku.. terkinja2 cam Mon*** pon leh menang

    8. BAU BUSUK kata:

      NTAH ARR…PERTANDINGAN BERPRESTIJ MCM NIH PON MASIH NAK GUNA KHIDMAT SMS 50%, MESTI LA MAMAT TU MENANG BIARPON JURI BAGI SEPERUH JER MARKAH DARI 50…BUT MARKAH SMS DIA PENOH. bUAT MAGIC? EHH..MAMAT…CUKUP2 LA TUH…KO NI DARI START SECRETARY DAY…DAH SAMPAI SEKARANG BUAT MODAL MAGIC BUDAK2 MCM TUH…XDE MODAL LAIN KER??? MENARI PON TERJENGKET2..SEBIJI MCM BE#*@…HAMPEH

    9. wann kata:

      mawi sbnrnya mng bukan berdasarkan sms tp juri pro . kalu ikut sms , aku dgr2 ct nurhaliza dpt no 1 !!!! aku pun bengang mawi menang …..

    10. BAU BUSUK kata:

      ALA…SMS YG BANYAK…MEREKA KATA BEGITU SEBAB NAK TUTP KELEMAHAN X NAK ORG KATA PERTANDINGAN BERPRESTIJ MCM NI PON NAK JUGA HARAP SMS…..

    11. BAU BUSUK kata:

      xDE MAKNA NYA…MANA ADA BUKTI…MEREKA XNAK PON BAGITAU SMS BERAPA DAN MARKAH JURI BERAPA…MEMANG X PRESTIJ PON….MALEH DEN

    12. acx kata:

      sy plak rs persembahan mawi mlm tu lagi best dr ct…pendapat msg2 lain kan. ctnye cam boring je…ditambah lak ngn fesyen tak-reti-pilih-baju-pakai-tudung-nak-tak-nak tu. papepon dayang mmg hampehhhhh!!!!!! bingit telinga dgr dia nyanyi

    13. murai dipinggiran kata:

      BERTENANG…………….. MAWI DAN SITI TIDAK ADA REZEKI DIMATA JURI……………….. lagipun takkan ct dan mawi je yg menang….. takkan org lain tak leh nk menang…. sdh masanya malaysia ni ubah format dimana bkn puja untuk satu2 artis tersebut sahaja..;.. tgklah artis lama yg pernah kt puncak……….. hrp2 peminat ct dan mawi terima qada & qoda Allah s.w.t dgan hati terbuka……….

    14. haji k kata:

      siti perlukan 1 rancangan hiburan sendiri untuk menang tanpa bertanding….. saya rasa kasihan ct… banyak komen yg menjatuhkan ct se4jak akhir2 ini stlh bergelar hajah…menari atas pentas,,,, xcukup makbur haji sbb xde hidayat sepenuhya drpd Allah s.w.t.betul kata murai tu….. tak berbaloi bergedit atas pentas dgn imej baru….

    15. noni kata:

      haha..klakar la statement haji k..
      betoi ke ade org kate ct mcm 2?
      i guess ade betoi nye 2..
      kalo da hajah 2 wat la hajah
      xkan pegi mekah 2 sje suke2 kot..

      kalo ‘mamat 2 menari korg kate tekinje2..
      kalo ct menari x t’kinje2 ke??
      at least mawi 2 bukan nye isteri org @ BAPAK TIRI kpd 4 org anak!!!!!

    16. lela kata:

      pentas dia 2 kire ok la gak……mlm 2 meletop la artis pulak bergaya sakan habis la…….tp mlm 2 ujan la pulak…..tp tetap meriah kn….

    17. ctkus kata:

      dayang nyanyi terang jelas….
      kite paham ape die nyanyi…
      sukati die la nk nyani camne….
      jgn jdi cam SHEILA MAJID… lgi truk….

      slang x abih….

      begitu jdi begiteww
      satu jdi sateww

    18. jangjang kata:

      korang ashik komen sal mawi gitulah mawi ginilah, dayang pon same..
      yg aku nak ckpkan sal kumpulan ape tu yg menang.. es.. es..es.. eskrim agaknye… aku rasa diorang nie tak setading dgn kumpulan search, spider atau mega yg menang ajl sbelomnye… sepatotnye para juri kena nilai melodi dan lirik btol2.. baru nilai lagu tu menang atau skurang2nye menang kategori… ini tak.. tup-tup menang… aku rasa ajl kali nie persemsembahkan pemenang yg tak spatotnye menang… sungguh kecewa… mcam tak nak tgk lagi ajl tiap2 tahun…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK