in

Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu

Budiey telah pun mendengar lagu single terbaru daripada Nur Fatimah. Terima kasih kepada Lin; dari label pengurusan Nur Fatimah yang sudi mengirimkan lagu Rindu untuk kami di Sensasi Selebriti. Ternyata, lagu yang dicipta oleh Audi Mok dan lirik oleh Nur dan Ireani ini tidak menghampakan. Kini, lagu ini dapat juga didengari di stesen-stesen radio.

Intro lagu ini dimulakan dengan tiupan seruling bagaikan ingin mengusik perasaan pendengar. Bagi Budiey, irama muzik yang minima untuk lagu RINDU memberi peluang untuk Nur Fatimah menonjolkan vokalnya semaksimum yang mungkin. Anugerah suara vokal yang baik adalah keistimewaan utama yang dimilik Nur Fatimah. Suara Nur Fatimah untuk lagu ini pada saya penuh dengan penghayatan.

Lagu ini menceritakan tentang penantian, kerinduan dan harapan. Dia sanggup menanti saban hari untuk bersama dengan kekasihnya. Kerinduan sudah tentu akan menghantui setiap kali berjauhan. Gambaran ‘seluas langit nan biru’, menggambarkan betapa rindu tidak bertepi dan tiada sempadan. Kalau boleh dia sentiasa ingin berada di samping kekasihnya setiap masa. Keseluruhan lagu ini menceritakan tentang dunia percintaan yang sentiasa diulit dengan kerinduan.

Untuk pengetahuan semua pembaca Sensasi Selebriti, album terbaru Nur Fatimah akan dipasarkan pada penghujung tahun 2008. Sekarang ini Nur Fatimah masih mengumpulkan material dan lagu yang terbaik untuk disajikan kepada peminat. Buat masa sekarang, beberapa lagu single akan diperkenalkan kepada peminat muzk Malaysia. Sebagai permulaan, single terbaru Rindu ini akan berkumandang di corong-corong radio di seluruh Malaysia.

Tekan play untuk dengar lagu RINDU

Lirik Lagu Rindu Terbaru Dari Nur Fatimah

Saban Hari Ku Menunggu
Suara Itu, Panggilan Mu Yang Ku Rindu
Dari Lembut Bicara
Tenangkan Jiwa Ku Ini
Lalu Ku Dibuai Syahdu
 
Rindu Ku Padamu
Seluas Langit Nan Biru
Rindu Yang Ku Rasa Di Kalbu
Jangan Lah Sayang
Tidak Pasti Jawapanmu
 
Yang Aku Dambakan
Terus Ada Disamping Mu
Yang Aku Dambakan
Terus Dalam Pelukan Mu
Yang Aku Dambakan
Bia Selamanya Begini
Belum Mahu Jaga Lagi Dari Mimpi Indah Ini
Menantimu
 
Bayu Sampaikan Kasihku
Kerana Hati
Tak Mampu Bertahan Lagi
Aku Cinta Kepada Mu
Segala Menjadi Indah Pabila Kita Bertemu
 
Rindu Ku Padamu
Seluas Langit Nan Biru
Rindu Yang Ku Rasa Di Kalbu
Jangan Lah Sayang
Tidak Pasti Jawapan Mu
 
Yang Aku Dambakan
Terus Ada Di sampingmu
Yang Aku Dambakan
Terus Dalam Pelukan Mu
Yang Aku Dambakan
Biar Selamanya Begini
Belum Mahu Jaga Lagi
Dari Mimpi Indah Ini
Menantimu…
 
Bridge:
Sentuhan Mu Melenyapkan Segalanya  Luka  Lalu
Sentuhan Nan Indah Itu Memberikan Cahaya Jiwa Buat Ku
 
Ku Mau Dikau Di Sisi
Segalanya Tuk’ Dirimu
Kasih Ku Terus Bersama Kan Bersemi Selamanya…

Lagu & Lirik : Nur, Audi Mok & Ireani

[tags]lirik lagu rindu, nur fatimah gossip, berita melodi, ida nerina, rumah tumpangan sabul, thongs, siti bertudung, 3gp melayu, shiloh nouvel, men breastfeeding, youtube, rakaman videklip fitnah, amylea langkawi, videklip nur fatimah, ghaz klip, 3gp download, free, gratis, cornettlove perhaps[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat?

Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela