Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Pengarah Filem Kena Belasah Angkara Fitnah di Facebook



AMPANG: Salah faham mengenai tuduhan fitnah dalam Facebook kemungkinan punca seorang pengarah drama dan filem bebas dibelasah seorang lelaki dipercayai rakannya sendiri ketika pelancaran filem di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, dekat sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Berikutan itu, pengarah drama dan filem bebas berkenaan membuat laporan polis kerana dikatakan tidak berpuas hati akibat diserang secara melulu di hadapan orang ramai. Pengarah terbabit dikatakan didatangi seorang lelaki dari belakang yang menariknya hingga terjatuh sebelum dia dipukul.

Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira 50 orang yang menyaksikan pelancaran filem itu tergamam seketika dengan kejadian tidak disangka yang berlaku di luar pejabat berkenaan.

“Melihat pengarah terbabit dipukul, orang ramai cuba membantu meleraikan pergaduhan namun lelaki itu terus mencabar mangsa. Bagaimanapun, pengarah berkenaan yang cedera di kaki hanya berdiam diri dan tidak mengendahkan kata-kata suspek yang berterusan mencabarnya,” katanya.

Menurutnya, dalam pergaduhan itu, suspek tidak menggunakan sebarang senjata ketika menyerang mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat pengarah terbabit.

“Hasil siasatan dan keterangan awal, kami dapati pergaduhan berlaku akibat salah faham dan kemungkinan suspek tersalah orang apabila dia menyerang mangsa. Siasatan juga mendapati kejadian berlaku berikutan satu tuduhan fitnah dalam Facebook menyebabkan suspek bertindak melulu memukul mangsa,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sementara itu, pengarah terbabit yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dalam Drama Rahsia Shaliza
  • Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad
  • Gulatis Saman Zahnita RM30 Juta
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • SHERRY-ASHRAF DARI BELANGKAS BERTUKAR…
  • Gossip: Kekasih Belasah Pelakon Wanita
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Ucapan Hari Raya dari Kumpulan SEPAH
  • Drama Memintas Seribu Bulan Dan Email Dari Angkara
  • Senarai Nama Tenaga Produksi Filem Setem



    • Tabuan

      Aku rasa tahun ni tahun kena belasah aah….

      Mesti ada sebab kena belasah eh…

      Tapi yg belasah tu kira gentleman pasal tak bawak geng!

      hehe !

    • http://akedzamrud1.blogspot.com/ aked

      sapa yer pengarah tuh?

    • apeapeaja

      hehehe…sesuka sesuki je nak belasah org….mcm budak2

    • Hamba Allah

      Sapa la yg dibelasah dan sape pulak la yg membelasah tu kan?



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK