KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010

KONSERT RADIO ROSAK 2009 yang akan diadakan pada 26 Disember 2009, Sabtu ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur, akan ditangguhkan pada 6 Mac 2010, di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Justeru, selaku penganjur Konsert Radio Rosak 2009, Neo Worldwide Entertainment memohon maaf di atas penangguhan tarikh konsert ini.

Menurut pengarah projek Konsert Radio Rosak 2009, iaitu Encik Edrie Hashim, antara sebab penangguhan konsert yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini ialah kerana pihak penaja meminta penganjur menangguhkan konsert tersebut dan sebagai penganjur konsert, pihak Neo Worldwide Entertainment terpaksa menerimanya.

Menurutnya, sebagai penganjur konsert dan pencetus idea Konsert Radio Rosak 2009, secara peribadinya, pada Sabtu ini, sudah pasti beliau ingin menghadiahkan sesuatu yang cukup istimewa kepada semua peminat-peminat yang telah banyak memberi sokongan kepada Konsert Radio Rosak selama ini, dan dengan adanya lagenda rock tanahair seperti SEARCH, WINGS dan FTG, secara tidak langsung ia merupakan hadiah buat peminat – peminat muzik  tempatan.

Menurut Edrie, tarikh baru bagi Konsert Radio Rosak 2010 akan diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur dan semua artis Radio Rosak termasuk SEARCH, WINGS dan FTG akan turut sama menggegarkan Konsert Radio Rosak 2010 dan harga tiket adalah sebanyak RM30 sahaja.

Beliau berharap semua peminat muzik tempatan akan sentiasa menyokong industri muzik tanahair. Usaha murni dan sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai dan sekaligus dapat memartabatkan dan mempertingkatkan status muzik di kalangan peminat muzik di

Malaysia dan dengan adanya konsert seperti ini, ia  dapat memberi kefahaman dan pendedahan kepada masyarakat mengenai muzik di Malaysia.

Johor Bahru merupakan lokasi pertama Konsert Radio Rosak 2009 dan telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Konsert pertama itu mendapat sokongan sepenuhnya daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’Shahrir Abdul Samad dan sambutan peminat di Johor adalah di luar jangkaan. Manakala lokasi kedua ialah di Pasir Gudang dan mendapat kerjasama daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang iaitu  Yang Berhormat Dato’ Khaled Nordin pada 27 Jun 2009 dan lokasi seterusnya adalah di Melaka pada 3 Oktober 2009.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada  semua pihak yang terlibat yang selama ini menjadi nadi perjalanan kepada Konsert Radio Rosak 2009, dan sentiasa  memberi sokongan padu kepada Neo Worldwide Entertainment.

Terima kasih kepada Dato’Shahrir Samad, Dato’Khaled Nordin, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Gloria Jeans Coffes, Forest Secret, My Franchise, Dream Music, Yeeha, Biogen, Creze Causa, Asta Kasturi Sound and Light, UR Workmachine, Tikus Rock Entertainment, Tiket Hotline dan media rasmi bagi Konsert Radio Rosak ialah  XFM, SINAR FM, Majalah Konsert dan Gua.com.my.

1 MUZIK, 1 MALAYSIA, 1 GEGARAN!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awal Ashaari Ditahan Polis Kini Dibebaskan

Pengarah Filem Kena Belasah Angkara Fitnah di Facebook