in

Peminat dalam Dilema Konsert Bruno Mars Bertindih dengan Tarikh Pilihanraya

PARA peminat penyanyi antarabangsa, Bruno Mars yang telah membeli tiket konsert bintang pop tersebut sedang dalam dilema kerana tarikh persembahan tersebut ‘clash’ dengan hari mengundi pada 9 Mei ini!

Oleh itu, mereka yang sudah menempah tiket sejak tahun lalu terpaksa menunggu kenyataan rasmi daripada penganjur konsert tersebut untuk kemungkinan sebarang penukaran.

“Terima kasih atas kiriman mesej dan panggilan telefon berhubung pilihanraya akan datang dan konsert Bruno Mars.

“Diharap semua dapat tunggu sehingga pihak PR Worldwide mengeluarkan kenyataan rasmi,” kata penganjur konsert siri jelajah 24K Magic World Tour Bruno Mars itu, PR Worldwide dalam akaun Facebook rasminya pada Selasa (10 April).

Dalam pada itu, menerusi komen di dalam status Facebook PR Worldwide itu, peminat Bruno Mars berharap konsert itu tidak ditunda atau dibatalkan.

Rata-rata daripada mereka bersedia untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi namun dalam masa yang sama menggantungkan harapan agar mereka masih dapat menikmati persembahan penyanyi kegemaran mereka itu.

Keseluruhan 12,000 keping tiket konsert itu habis ‘licin’ terjual dalam tempoh 45 minit saja pada hari pertama penjualannya pada 14 Ogos tahun lalu.

Konsert itu bakal diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 9 Mei, jam 8.30 malam.

Ini bukanlah pertama kali kesabaran peminat muzik negara ini ‘diuji’: pada PRU13 lalu, konsert penyanyi operas Itali, Andrea Bocelli telah bertindih dengan tarikh mengundi iaitu pada 5 Mei 2013.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Pendaftaran Party Ulangtahun Budiey.com Ke 11 Tahun

Golden Screen Cinemas To Introduce Samsung Cinema LED Screen To Malaysia