in

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam tadi, Ahad 27 April 2014. Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah.

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Nikah Fizz Fairuz & Almy Nadia

Gambar Suami Pelakon Ruminah Sidek