Pelakon Kontroversi Mengaku Ambil Dadah
SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.

Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.
Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.
Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.
“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.
“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.
Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.
Nani berkata, pelakon berkenaan antara tujuh individu yang ditahan selepas didapati mengambil dadah sepanjang Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan sejak jam 8 hingga 11 malam tadi.
Operasi yang disertai 27 pegawai AADK Selangor dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, bertujuan mengesan pemandu, terutama dari sektor pengangkutan awam, yang mengambil dadah.
Menurutnya, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dan daripada jumlah itu, lima didapati positif syabu dan dua positif ketamin.
Selain itu, AADK memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus, dalam operasi itu tetapi dilepaskan selepas ujian air kencingnya didapati negatif.
Tags: artis ditahan polis, artis makan pil, Berita, berita sensasi, cara hisap dadah, dadah, drama anak pontianak, ecstacy, pelakon kontroversi, polis fesyen, Puteri Sarah Liyana, skandal vip, Zarina An-Julie
Tags: Berita, artis ditahan polis, artis makan pil, berita sensasi, bintang, cara hisap dadah, dadah, drama anak pontianak, ecstacy, pelakon kontroversi, pengarah, polis fesyen, puteri sarah liyana, seks, Selangor, skandal vip, zarina an julieClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 13th, 2010 at 8:31 pm
Apa lah nak jadi dgn betina ni sorang….
Dah lah kasi jantan main dia punya buah dada… lah ni..
dia main dadah pulak..
Semoga kamu kembali ke pangkal jalan… amin!
February 14th, 2010 at 1:29 am
Aku sokong kata kau tabuan.Family mesti malu gilalah lepas satu satu dia buat hal,macam nak cari publisiti murahan pulak.
February 14th, 2010 at 8:46 am
kesian kt dia malang bertimpa-timpa..tp semua yg trjadi tue atas ciptaan dia sendiri..moga berubah dan jangan teruja nak masuk dunia artis kalau diri tue tk cukup kuat tahan godaan…kesian
February 14th, 2010 at 9:30 am
apola…wek malu mak bapak jer…
February 14th, 2010 at 4:13 pm
Sokong kata2 Tabuan….
aritu masa wat hal dgn gambar lucah dia, tak ngaku la kononnya! padahal 1 Malaysia dah tau perangai dia…siap tuduh org wat super impose la konon nak jatuhkan air muka dia!
Pastu baru2 ni, betina ni jadik cover untuk Pancaindera MM….dia siap ckp kenapa nak ungkit kembali kesalahan dia yg lalu. Ingatkan dah insaf la, tgk2 kena tgkap la pulak…mmg dia ni kaki ice, kaki syabu tp taknak ngaku…
pehh…wat malu mak bapak je la!
February 14th, 2010 at 4:16 pm
la dia ni lagi ek..emmm ntah pape la artis ni
February 16th, 2010 at 9:02 pm
kesian kat family dia kan…….malu de ank yg cam ni..BONGOK sgt.cam ne la dia leh jd artis kan??ishh3..malu2
February 16th, 2010 at 10:01 pm
namapun ank pontianak…memang la…saper la yg bw msk dia ni ke dunia lakonan..buat malu jer
February 21st, 2010 at 12:47 am
pulanglah kepangkal jalan wahai hambaku,sebelum ku jemput mu.hias diri mu dengan wangian solat.penjalanan taubat masih ada… jangan ikut hati muda mu itu.binasa hidup…..dengar cakap kami…. tiada faedah semua itu..umur mu singkat jika kau terjebak kelembah kehinaan…tutup aurat mu ../sebelum 5 helai kain menghiasi badan mu/…..
March 18th, 2010 at 6:46 pm
aku hairan la dgn pompuan zaman skrg.pakej la.kadang2 bukan family x tau.tapi diorang x leh buat apa.