Parti Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
PLANET HOLLYWOOD mempersembahkan… “Parti Bersama Dayang 20 07″ pada 21 Julai 2007 (Sabtu), 3 petang!
Dayang Nurfaizah, seorang penghibur yang cukup berbakat besar dari Kuching, Sarawak dan cukup dikenali dengan keunikan suara beliau yang sering kali memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya akan mengadakan persembahan istimewa pada 21 Julai 2007 (Sabtu) di Planet Hollywood KL. Ia bersempena dengan sambutan ulangtahun kelahiran beliau dan juga pelancaran album terbaru beliau; Dayang 20 07.
Pastikan anda semua bersedia untuk meraikan kehebatan Dayang mengadakan persembahan pada hari istimewa tersebut. Beliau akan diiringi oleh barisan pemuzik terhandal yang ada di Malaysia. Dayang menjanjikan hanya yang terbaik untuk para-para peminatnya yang selama ini tidak putus-putus menyokong beliau dan persembahan ini merupakan salah satu cara Dayang menghargai setiap mereka yang ada di luar sana. Oleh kerana itu, jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama salah seorang penghibur terbaik tanah air; Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood pada 21 Julai 2007 (Sabtu) pada pukul 3 petang.
Bayaran masuk bagi Showcase Istimewa Bersama Dayang ialah RM25 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.
Technorati Tags: Planet Hollywood, Dayang Nurfaizah, Music R&B, Kuala Lumpur, Birthday Party, Showcase istimewa

Baca artikel lain yang berkaitan:








September 27th, 2008 at 10:09 am
hisss…da la xcntk,kulit htm da ht pki sksi2 plk…npe?rugi ke klo urg rmi x nmpk kegelapan kulit ko 2…
January 4th, 2009 at 7:36 pm
antara artis kat malaysia paling superb……x paham la sape yg x suke suara dayang.bg baby_manja die lah contoh artis yg x banyak kerenah n masalah….ni baru artis yg ada kualiti n boleh d bangakan……dayah chaiyok……
February 3rd, 2009 at 10:08 am
untuk comel..jgn sebarang kata tau..entah2 u sendiri yg lg hitam..yg u xsuka kat di lntak u le..jgn ckp sebarangan tau.u ingat u ctk,handsome?walaupun dyg htm tapi manis..u xtau ke ramai artis kat malaysia ada yg htm juga?jelous le tuuuuu………untuk dayang apa2 pun org kata plz cool n sabar je..k ada ramai lg org sokong dyg k…
August 17th, 2009 at 11:51 pm
Sbg salah seorg ‘die hard fan’ Dayang,saya gembira melihat Dayang bertahan sampai hr ni.. Syabas Dayang!!!! Kalau boleh, saya nak melihat Dayang menggenggam trofi Vokal Wanita Terbaik satu masa nnti, tak kisahlah di AIM ke, APM ke,Anugerah ERA ke atau di mana saja. Saya kesal sb Dayang dah pernah tercalom banyak kali di AIM (contohnya),tp asyik2 Siti je menang….!!! Ya,Siti mmg bgus,tp bg saya ‘ANUGERAH’ bererti kta menghargai sesuatu dgn apa cara pun. Dlm konteks AIM,kalau kita hanya asyik menghargai satu orang je balik2,tak payahlah calonkan nama orang lain!!! Lebih baik buat je kategori ‘Vokal Wanita Siti Nurhaliza Terbaik’ daripada susah2 calonkan nama orang lain,tapi balik2 dia jg di hargai.. Kalau Siti tak mnang pun,dia dah ckup di hargai banyak kali… Org tetap tau dia dah bgus. Tp HARGAILAH artis jg!!! Bnyak lg sbnarnya lebik baik atau se-kurang2nya setanding dgn vokal Siti,tp tidak pernah dihargai… Sdih btul industri seni di M,sia ni kan? Kita ada Adibah Noor,Liza Hanim, Ning Baizurah dll.. Hm,apapun Dayang tetap TERBAIK di hati saya…