in

Di Sebalik Muzik Video Pejamkan Mata Malique & Dayang Nurfaizah

Pada tarikh 8 Ogos 2017, muzik video Pejamkan Mata telah di muat naik ke Youtube secara rasminya.

Satu tarikh keramat yang di nanti-nantikan oleh orang ramai kini sudah pun tiba dan hanya dalam masa 18 jam, lagu ini telah mendapat sebanyak 83 ribu tontonan dan menjadi trending di Youtube pada kedudukan ke-lapan.

Pastinya ini suatu fenomena yang luar biasa tambahan pula para pelakon bagi muzik video ini juga bukan calang-calang orangnya. Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika, empat nama besar dalam industri seni tanah air telah bergabung bagi menjayakan muzik video ini.

Pastinya, kolaborasi mereka telah memberi satu sentuhan hasil karya yang mengagumkan. Arahan oleh Zul dari produksi Luey Motion Lab dan penggambaran muzik video ini hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Teristimewa buat peminat Malique dan Dayang Nurfaizah, lagu ‘Pejamkan Mata ’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksplorasi Unik Nadzmi Adhwa & Fikry Ibrahim dalam JALAN-JALAN MAKAN ANGIN

AirAsia Rai Penerbangan Pertama dari Shenzhen ke Langkawi