in ,

Nurul Dapat Tajaan Rawatan Berpantang

Setakat hari ini, enyanyi Nurul Abdul Wahab masih belum menyiarkan gambar wajah baby Z di laman sosial. Begitu juga, nama penuh untuk Baby Z juga masih belum ditentukan lagi. Namun begitu, melalui laman Instagram miliknya, Nurul mengucapkan kesyukurannya kerana dikurniakan bayi yang sempurna dan cukup sifatnya sambil menyiarkan gambar kaki dan tangan anak beliau yang gebu dan putih melepak mengikut kulit bapanya, Eric Depp.

Menurut Kosmo! hari ini, insan yang paling gembira atas kelahiran Baby Z sudah tentu suaminya, Eric Depp serta mertuanya, Roland dan Germaine yang baru kali pertama menimang cucu. Eric merupakan anak tunggal. Jadi, tak hairan jika datuk dan neneknya asyik tenung muka cucu mereka. Bertuah sungguh Baby Z dapat keluarga yang sangat penyayang. Khabarnya, ibu bapa Eric akan berada di Malaysia sehingga Mac tahun depan untuk menjaga cucu mereka. Lama jugak tu.

Baby Z kelihatan banyak mewarisi warna kulit, bentuk hidung, serta warna anak mata daripada Eric berbanding Nurul.

Nurul kini sedang menghabiskan tempoh berpantang di kediamannya di Kuala Lumpur. Nurul akan berpantang selama 45 hari sebelum aktif semula sekitar Disember nanti.

“Soal makan minum dan rawatan berpantang tiada masalah. Kawan-kawan macam Zahida sudah janji bahawa ibunya akan sediakan makanan orang berpantang untuk saya, Ning Baizura (penyanyi) pula sudah lantik dirinya menjadi penasihat bahagian penjagaan bayi. Saya sendiri ada kontrak bersama pihak pengeluar herba Tanamera. Syukurlah, mereka juga menaja rawatan dan ubatan berpantang untuk saya. Jadi, saya tidak perlu risau soal itu. Saya kena berpantang sahaja.”

“Kami sudah ada beberapa nama, setakat ini ada dua pilihan tapi hati saya berat ke arah nama berpangkal Z itu. Sebab itu panggil sahaja Baby Z dulu, esok lusa apabila sudah hendak membuat pendaftaran barulah boleh diumumkan betul-betul.”

Ditanya tentang gambar bayi lelaki yang belum ditunjukkan kepada umum, Nurul tidak berhasrat untuk berkongsi gambar bayinya kerana beranggapan masih terlalu awal.

“Bayi saya masih kecil, tunggulah sehingga habis pantang nanti. Buat masa ini juga, saya harap peminat bersabar jika ada yang mahu melihat wajah Baby Z. Saya tidak merancang untuk mengadakan majlis tertentu tetapi jika ada agenda melibatkan pihak tertentu, tengoklah macam mana.”

Banyak membuat kajian mengenai persediaan terbaik untuk anak lelaki pertamanya, Nurul dan suami juga telah membuat keputusan untuk tidak mengambil vaksinasi sebagaimana lazimnya diambil oleh bayi yang baru lahir sehingga berusia enam tahun. Nurul juga turut mendapat penajaan Bank Darah Tali Pusat daripada Stemlife untuk bayi lelakinya itu.

“Kami pilih untuk guna perubatan homeopati, jadi bayi saya tidak akan mengambil vaksin atau suntikan bulanan seperti yang lazimnya dilakukan. Itu semua hasil kajian saya dan Eric. Kami sudah berbincang dengan seorang pakar dari Australia berhubung perkara itu dan ubat homeopati untuk bayi yang dicadangkan begitu meyakinkan. Doktor pakar kanak-kanak yang dirujuk Baby Z juga telah dimaklumkan perkara itu dan dia berminat untuk berkongsi maklumat dengan saya. Barulah saya tahu, rupa-rupanya sudah ramai ibu bapa di Malaysia yang menggunakan ubat homeopati untuk bayi mereka.” – Sumber: Kosmo! & foto kredit: Instagram NurulDepp

Nurul bakal menyiarkan gambar Baby Z dalam masa terdekat ini. Membaca komen peminat di Instagram milik beliau, rata-rata mereka tak sabar untuk melihat wajah Baby Z.

Selamat berpantang ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KL Gangster 2 Kutip RM3Juta Tiga Hari Tayangan

Bukti Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bernikah & Ada Anak?