in

ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011

BERSUKA-RIA DENGAN LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2011 ANJURAN ntv7

Marilah beramai-ramai kekal aktif dan cergas di larian amal Feel Good Run 2011 anjuran ntv7 pada bulan Julai ini! Saluran Ceria Anda yang bakal menyambut ulangtahunnya ke-13 berhasrat berkongsi detik keriangan bersama keluarga dan rakan taulan dengan larian yang menyeronokkan lagi menyihatkan pada hari Ahad, 3 Julai di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

(l-r) Dato Manja Ismail, Group Editor, News & Current Affairs, Airin Zainul, GM ntv7, Y.B. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Dep Min Youth  & Sports, Datuk Kamal Khalid, COO TV Network Shared Service

Dari kiri: Dato Manja Ismail, Group Editor, News & Current Affairs, Airin Zainul, GM ntv7, Y.B. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Dep Min Youth & Sports, Datuk Kamal Khalid, COO TV Network Shared Service

Tetamu kehormat , Y.B. Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, telah merasmikan upacara pelancaran program ini.

“Kekal sihat adalah kunci keceriaan – sebagai Saluran Ceria Anda, kami amat berbangga untuk menyambut ulangtahun ke-13 kami bersama orang ramai dengan menganjurkan Feel Good Run 2011 ini, iaitu sebuah larian amal yang lengkap dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga agar mereka kekal sihat dan cergas,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7.

“Larian yang berfokuskan pada semangat kekitaan, kesihatan dan kebajikan menjadikan acara ini sesuai untuk penyertaan badan korporat,” tambahnya lagi.

Feel Good Run 2011 terdiri daripada larian amal yang terbahagi kepada empat kategori, karnival mini dan acara pentas. Kutipan daripada acara ini akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society, The National Autism Society of Malaysia, dan Malaysian Aids Foundation. Acara ini yang akan dimeriahkan lagi dengan penyertaan para selebriti membolehkan orang ramai beramah mesra dengan personaliti terkemuka tanah air.

most right - Dato' Amrin Awaluddin, Group MD Media Prima Berhad

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM25 seorang untuk setiap kategori dan RM10 untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Antara kategori-kategorinya adalah:

1) Feel Good Run – 7 km, umur 13 tahun dan ke atas
2) Celebrity Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
3) Fun Costume Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
4) Kids Run – 700 m, umur 12 tahun dan ke bawah.

Penyertaan dari badan korporat juga dialu-alukan. Pendaftaran dibuka dari 19hb Mac dan akan ditutup pada 3hb Jun. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.ntv7.com.my/feelgoodrun. Pendaftaran secara manual pula boleh dibuat di:

• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
• Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

Mereka yang berminat bolehlah ajukan pertanyaan mereka kepada [email protected] atau telefon 03-5637 3821 untuk keterangan lanjut.

Mereka yang mendaftar akan mendapat sebuah pek larian yang mengandungi cenderamata ekslusif ntv7 serta daripada penaja-penaja lain. Pek larian boleh didapati pada 1hb dan 2hb Julai di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur, antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

Namun, mereka yang ingin pek larian dikirimkan kepada mereka hanya perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10 sahaja. Sijil dan cenderahati akan diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan larian tersebut.

Dengan pelbagai permainan menarik dan persembahan pentas, Feel Good Run 2011 pasti akan menghiburkan semua yang hadir. Rakan media yang sama-sama menjayakan acara ini ialah Fly FM, Hot FM, One FM, Berita Harian dan New Straits Times.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

Airin Zainul, GM ntv7, Y.B. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Dep Min Youth  & Sports

Group Picture - With beneficiaries from Yayasan Jantung Msia, Malaysian AIDS foundation, National Cancer Society, National Autism Society of Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fatin Gadis Melayu 3 dan AG Hotfm Hos Baru Nasi Lemak Kopi O

Road Tour Ratu The Movie Jelajah Seluruh Malaysia