Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









NTV7 Adalah Penyiar Rasmi Kejohanan Dunia F1 2010



ntv7 ADALAH PENYIAR RASMI
KEJOHANAN DUNIA F1 2010

Panggilan untuk semua peminat sukan F1! Panaskan enjin kereta anda untuk sama-sama meraikan Kejohanan Dunia Formula Satu (2010) bersama ntv7, kerana kami bakal membawakan kehangatan dan debaran 19 buah perlumbaan, bermula dengan Bahrain pada 13 Mac 2010.

Kini, rakyat Malaysia berpeluang untuk merasai demam F1 dengan tanpa berlu berganjak dari rumah masing-masing dengan menonton TUJUH perlumbaan SECARA LANGSUNG di Australia, Malaysia, China, Jepun dan Brazil, Kanada dan Korea di samping 12 siaran tertunda di Bahrain, Spain, Monaco, Turki, Eropah, Great Britain, Jerman, Hungari, Belgium, Itali, Singapura dan Abu Dhabi.

Untuk menghangatkan lagi pengalaman menonton bagi penggemar acara sukan motor ternama ini, komentar BBC eksklusif turut akan disiarkan pada setiap perlumbaan, beserta Grandstand stesen tersendiri untuk Malaysian Grand Prix. Penonton turut berpeluang berhibur dengan telatah Jonathan Legard, Martin Brundle, David Coulthard, Jake Humphrey dan Lee McKenzie sementara mereka berkongsi pengetahuan mereka dan tips mengenai sukan dunia yang berkembang paling pantas ini.

Grandstand ntv7 untuk Kejohanan Dunia Formula Satu akan dihoskan oleh personaliti TV ternama Joanne de Rozario dan Adam C. Ia akan berkemundang secara langsung dari studio, lima minit sebelum perlumbaan, dengan menyaksikannya mengimbas kembali perlumbaan sebelumnya di samping memaklumkan kepada penonton mengenai perkembangan terbaru dan kedudukan terkini.

Grandstand ntv7 untuk Malaysian Grand Prix – walaubagaimanapun – akan ditayangkan secara langsung dari Sepang, bermula 30 minit sebelum dan selepas perlumbaan. Turut menyertai pengacara bersama komentar dan ilmu pengetahuan mengenai teknikal bunyi adalah beberapa pakar F1. Topik yang diketengahkan termasuklah mengenai Bahrain Grand Prix, perkembangan terbaru sejak itu, aspek teknikal Formula Satu, pemandu dan pasukan, perlumbaan sebelumnya di Sepang di samping strategi yang mungkin akan dilancarkan di Litar Sepang.

Pengacara dan beberapa personaliti sukan motor gilang-gemilang ini akan menutup tirai dengan sedikit bingkisan, kedudukan terkini dan antara jangkaan dan harapan untuk Shanghai Grand Prix. Turut akan dimuatkan dalam topik perbualan mereka adalah perlumbaan hebat yang tidak dapat dilupakan sepanjang tahun 2009 serta strategi yang bakal dipasang oleh Litar Antarabangsa Sepang untuk memantapkan lagi sukan hebat ini.

Saluran Ceria Anda turut menyokong Kempen ‘I LOVE F1’, yang menyaksikan kerjasama hebat antara SIC dan ntv7 dalam meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai sukan F1 serta mendokong kuat usaha SIC untuk meningkatkan keharmonian antara rakyat melalui sukan Formula Satu.

Bercakap di pelancaran media untuk memaklumkan mengenai pembabitan ntv7 dalam musim terbaru F1, Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul turut melahirkan perasaan sukacitanya kerana dapat bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang dan F1 Petronas Malaysian Grand Prix dalam usaha murni ini.

“Apabila Kejohanan Dunia Formula Satu disiarkan di ntv7 pada tahun lepas, ia berjaya meraih ratings yang membanggakan dengan mengumpul sebanyak 7.6 juta orang penonton berumur 4 tahun ke atas sepanjang tempoh penyiaran F1 di ntv7.”

“Formula Satu semestinya sesuatu yang akan dinikmati oleh semua penonton. Kami amat berbangga dapat bergabung tenaga dengan Litar Antarabangsa Sepang. Ini merupakan tahun kedua kami dianugerahkan sebagai hos penyiar rasmi dan ia merupakan bukti kepada usaha jitu kami untuk sentiasa dekat di hati penonton setia ntv7 di serantau Malaysia dengan berbekalkan program yang terbaik dan mantap. Kami amat komited dalam menyebarkan semangat F1 dan pastinya amat teruja kerana kini, penonton kami turut dapat turut menikmati pengalaman menonton di samping meraikan liputan menyeluruh Kejohanan Dunia Sukan F1 di saluran ntv7.”

Airin Zainul turut berkata, “Sementara demam F1 melanda seluruh dunia, beliau berharap dapat turut berkongsi kegembiraan yang diperoleh dari sukan yang berkembang paling pantas ini bersama-sama rakyat Malaysia untuk tahun kedua yang berturut-turut.”

“Kejohanan Formula Satu akan dipromosikan di seluruh rangkaian televisyen di Media Prima termasuklah ntv7, TV3, 8TV dan TV9. Saya menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan sama-sama merasai semangat F1!” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7.

Jadi jangan lupa untuk berlumba bersama kami apabila demam F1 mula melanda dengan menyaksikan Pusingan Kelayakan untuk Bahrain Grand Prix sebagai pembuka tirai pada 13 Mac 2010, 11.00 malam.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kejohanan Dunia Formula Satu 2009 di NTV7
  • Santai Tonton Piala Dunia di i-CITY Shah Alam
  • Program Menarik Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008
  • Sokker Koors Semarakkan Sambutan Piala Dunia FIFA 2010
  • SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI
  • Faizal Tahir, Tomok, Jaclyn, Riz di Roadtour AIM17
  • Siaran Langsung Kejohanan Piala Thomas Uber 2010
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • KBMM Sarankan Misi Thomas 2010
  • RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011



    • ian

      Terima Kasih NTV7! Asalkan bukan RTM yg siarkan.., lol..

    • HanaF1

      tahun 2011 F1 mana????? letehlaaa mcm nih,,, rakyat Malaysia tertunggu2 tau!!!! x patut kalau siar di Astro ajer,,, aku yg fanatik giloz F1 nih mcm mana plak!!? Sudahla WRCpun haram x pernah siarkan!! Rally Malaysiapun ntah ke mana??

    • eddie razali

      setuju dengan HanaF1. tahun ni tv mana amik ye? aku tercari2 ni…race dah nak mula 15minit lagi.Sukan f1 ni macam selalu dianaktirikan…padahal tahun ni saja ada 3 pasukan yang berkait dengan jenama Malaysia.aduyaiii….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK