Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Michael Jackson Gay?



Michael Jackson dikhabarkan adalah soeorang ‘gay’ dan pernah menyamar sebagai seorang wanita. - AP

MICHAEL Jackson berminat kepada lelaki, bukan budak-budak lelaki dan pernah menyamar sebagai wanita bersama kekasihnya, seperti yang ditulis dalam satu buku.

Cerita sensasi itu terdapat di dalam sebuah buku “Unmasked: The Final Years of Michael Jackson,” seperti yang diberitahu oleh seorang penulis biografi selebriti, Ian Halperin kepada sebuah majalah.

“Michael akan berpakaian seperti seorang wanita….,” kata Halperin.

Dia juga memberitahu Michael pernah bersama seorang pekerja pembinaan di Las Vegas dan meminta lelaki tersebut untuk berjanji merahsiakan hubungan mereka.

“Kekasihnya itu juga mengakui Michael pernah menyuruhnya menandatangani satu perjanjian sulit,” jelas Halperin.

Di dalam buku Halperin itu juga yang telah mendapat sambutan hangat, menegaskan bekas isterinya Lisa Marie Presley dan kawan perempuannya seperti Brooke Shields dan Tatum O’Neal adalah ‘pencabar’ kepada Michael. Ini adalah kerana Michael sendiri mempunyai keinginan berpakaian perempuan.

Michael juga tidak pernah menjalinkan hubungan seks dengan isteri keduanya, Debbie Rowe, jadi secara biologikalnya, ketiga-tiga anaknya itu bukanlah anak Michael.

Menurut Halperin juga, bukti menunjukkan Michael pernah menyuruh syarikat insurannya membayar berjuta-juta dolar kepada seorang pemuda yang telah membuat laporan mengatakan penyanyi itu telah mencabulnya.

Menurut sumber dalaman yang memberitahu Halperin, Jackson berada dalam keadaan histeria apabila dia mendapat tahu kegiatannya telah terbongkar.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin
  • Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih
  • 6.5 juta Layari Facebook Michael Jackson
  • Diana Ross Jadi Penama Kedua Dalam Wasiat Michael Jackson
  • Tempat Michael Jackson Dikebumikan
  • Michael Jackson’s Michael Is The #1 Selling Global Album
  • Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia
  • Laporan Bedah Siasat Mayat Michael Jackson Dikeluarkan Minggu Depan
  • Jermaine dan Ibu Michael Jackson Bertengkar



    • QISTQ

      Alah! orang dah meninggal…keluarkan lah khabar yang baik2.

    • Ntahla..

      Ntahla..x taula kebenarannye..tp x mustahil jd camtu..

    • NONA

      arwah dah pun meninggal…tk payah la di korek lagi rahsianya yg mana kita sendiri pun tk tahu betul tidaknya selain allah….benci tul aku perangai manusia yg begini…cuba kalo awak tu dah mati..org lain plak dok sibuk cari keburukan awak…apa rasanya ? best sgt ker ? aku benci pada tulisan siti jarum kat paper utusan tuh…kalo pun tk suka tk perlu tulis begitu…mcm la awak tu bagus sgt…dia kata apa yg hebat sgt mj tuh..at least hebat dari awak tuh yg cuma tau ngutuk org lain tp diri sendiri pun belum tentu sempurna..hari ni kt paper utusan..ramai yg kutuk balik tulisan awak tu…rasakan !!

    • danida

      ya lah…M.j dah x dah napa lagi nak di bahas kan isu ni…ada bukti kah nak kata mcm tu..setahu aku lah biar pun M.j selalu di gosip yang bukan2 tapi budi dan baktinya pada orang miskin x ternilai…i love u M.j semoga allah mencucuri mu…amin….

    • reetarefly

      yalah. pahal suka cakap yang buruk2 tentang orang. dia pun manusia biasa juga mcm kita nih. tah betul tah tidak ceta ni, tuhan saja yang tahu. MJ pun dah tak ada. kenapa nak diungkit benda2 yang tak elok tu lagi. apa..tak penahkah dia buat baik masa hayatnya? yang tak elok tu saja dikenang, diperdebatkan..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK