in

Drama Mentalist Lakonan Simon Baker di NTV7

Bersiaran di ntv7 mulai 11 Julai 2009

“Mentalis ialah seorang pakar manipulator pemikiran dan perilaku.”

Mentalis ialah Patrick Jane (Simon Baker – calon Anugerah Golden Globe dari filem terkenal “The Guardian” dan “The Devil Wears Prada”), seorang psikik selebriti yang kehilangan isteri dan anaknya setelah dibunuh dengan kejam oleh seorang pembunuh bersiri bernama Red John. Patah hati dengan tragedi tersebut, Patrick tidak lagi mahu mengikuti cara hidupnya yang lama dan membuat pengakuan bahawa kuasa paranormalnya adalah palsu.

Sebaliknya dia menggunakan kemahiran analisis dan pemerhatiannya yang luarbiasa itu untuk membawa pembunuh ke muka pengadilan. Di lokasi jenayah segenap California, Patrick, seorang perunding bebas bersama-sama Unit Siasatan California (CBI), membantu pasukan detektif untuk merungkai kes-kes yang sukar untuk diselesaikan. Jauh di sudut hatinya, Patrick, didorong kuat oleh objektif utamanya: Memburu Red John dan memberkasnya.

The Mentalist merupakan siri kegemaran di kalangan penonton dewasa 25 – 54 tahun di Amerika Syarikat pada tahun 2008-2009 di samping berjaya menduduki tempat no.1 dalam slot Selasa, 9-10 malam di Amerika Syarikat. Lebih membanggakan, secara puratanya sehingga kini, siri ini berjaya memperolehi 16.14 juta orang penonton, tempat ke #7 dalam carta rancangan Amerika Syarikat yang bersiaran pada slot perdana. Pada episod pengenalan, The Mentalist berjaya menarik sebanyak 15.6 juta penonton, dan 7.8 juta penonton pada siaran ulangan yang dipertontonkan tiga hari selepas episod pertama disiarkan. \

Pada episod pertama, seorang lelaki dan wanita ditemui mati di kediaman mereka dan ramai yang mempercayai ia adalah perbuatan seorang pembunuh bersiri namun Patrick yakin bahawa ia bukanlah kerja Red John dan harus membuktikannya.

Seterusnya, CBI dipanggil untuk menyiasat pembununuhan seorang wanita yang ditemui diikat dan mayatnya dibuang di sebuah ladang di Napa Utara. Lisbon berpendapat pembunuhan tersebut mungkin tercetus dari pergelutannya bersama teman lelakinya namun Patrick Jane percaya ia bukanla semudah itu. Antara kes-kes lain yang dibongkar termasuklah kes langgar lari, kes pembunuhan pemilik sebuah hotel ternama, kes pembunuhan pewaris sebuah empayar perniagaan yang juga anak ketua mafia dan sebuah kes yang melibatkan bekas isterinya.

Tentunya, karakter Patrick yang seksi, lucu dan menawan bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangannya yang beraneka ragam merupakan tarikan utama siri menarik ini. Lebih menarik, pendekatan Patrick dan kaedah penyiasatannya yang dilihat luar biasa itu agak bertentangan dengan praktis undang-undang konvensional yang diamalkan oleh Pegawai Penguatkuasa. Babak-babak lucu dan tegang antara watak-watak lebih menghangatkan suasana siri drama terkenal ini. Barisan pelakon handalan termasuklah Robin Tunney, Tim Kang, Owain Yeoman and Amanda Righetti.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Jackson Gay?

Tribute Jaclyn Victor Untuk Michael Jackson di Shout! Awards