in ,

Menangi Pakej Melancong Seumur Hidup Dalam Peraduan AIRASIA ASEAN TRAVELLER

Sertai peraduan AirAsia Asean Traveller dan menangn peluang sekali dalam seumur hidup meneroka Asean!

AirAsia mengumumkan pelancaran peraduan Asean Traveller, di mana lima pemenang akan dipilih meneroka keajaiban Asean dengan AirAsia Asean Pass mengikut lima kategori sama ada Beach Specialist, Instagram Artist, Selfie Expert, Pro-Foodie atau Extreme Daredevil.

Tempoh peraduan bermula dari sekarang hingga 12 Julai 2015, dan terbuka bagi semua tetamu yang berada dalam lingkungan jaringan AirAsia termasuk negara-negara Asean, Taiwan, Jepun, Korea, India, Nepal, Saudi Arabia, Australia, China, Hong Kong dan Sri Lanka bagi menghantar resume bagi kategori yang dipilih.

Pengembara Asean yang berpotensi boleh melawat laman aseantraveller.airasia.com untuk mendapatkan maklumat bagaimana mereka boleh menyertai, dan memuat naik video resume mereka di laman mikro tersebut.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia Asean Pass telah menerima maklum balas yang memberansangkan dari masyarakat awam sejak pelancarannya pada Februari yang lepas dan sebagai syarikat penerbangan Asean, kami sangat berbangga dengan kejayaan kami menunjukkan ciri sebenar produk Asean Pass ini, dan pada masa yang sama memberikan para tetamu kami peluang untuk meneroka rantau ini pada tahap maksima dengan pelan perjalanan yang di reka AirAsia mengikut kategori masing-masing. Lebih banyak yang boleh diterokai di rantau Asean, dan kami sangat teruja menantikan kreativiti yang diletakkan oleh semua peserta bagi merebut lima tempat Asean Traveller yang tersedia.”

Lima pengembara Asean akan dipilih, mewakili setiap kategori pada penghujung tempoh pengambilan dan akan dihantar ke satu pengembaraan sekitar Asean yang meliputi penerbangan & penginapan dari lokasi asal mereka dari mana-mana negara Asean dan negara-negara dalam lingkungan jaringan AirAsia bagi setiap pemenang bagi setiap kategori! Pengembara Asean yang dipilih sebagai pemenang akan melengkapkan beberapa tugas yang menyeronokan dan mengikuti jadual perjalanan yang disediakan oleh penganjur mengikut kategori yang dipilih dan mengetengahkan keajaiban Asean melalui pengembaraan mereka.

AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asean Pass+ membolehkan pengguna menikmati kadar tetap ke lebih dari 148 laluan di sekitar 10 negara Asean. Bertindak seperti satu jenis mata wang, menghapuskan perbezaan mata wang asing kerana penerbangan dinilai melalui kredit, ini membolehkan penumpang merancang perjalanan ideal mereka di Asean dengan lebih kreatif.
Terus ikuti perkembangan Keep peraduan AirAsia Asean Traveller dan berita dan aktiviti dengan terus berhubung dengan AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Inspirasi KUN ANTA Persembahan Humood Alkhudher

HyppTV Lancar Drama Bersiri Puteri Gunung Ledang & Jodoh Sebelah Pintu