in

Media Prima Lancar Kempen MySyg

Galak rakyat berkongsi kisah, cerita menarik kehidupan

Media Prima Berhad (Media Prima) semalam, melancarkan kempen My Sayang (#MYSyg) sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Sempena meraikan ulang tahun pembentukan Malaysia ke 50, Media Prima Berhad melancarkan kempen “Saya Sayang Malaysia” (#MYSyg) yang telah dilancarkan secara langsung menerusi Buletin Utama TV3 di perkarangan Sri Pentas pada Selasa.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Amrin Awalluddin, Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian Televisyen merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Izham Omar dan Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian Televisyen merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima dan pihak pengurusan kanan Media Prima.

Pengerusinya, Datuk Johan Jaafar, berkata penganjuran julung kali itu bertujuan menggalak rakyat berkongsi kisah atau cerita menarik mengenai kehidupan mereka.

Hantar kisah kehidupan

Katanya, menerusi kempen itu rakyat boleh menghantar penyertaan berkisarkan kehidupan mereka melalui rakaman video, teks atau bergambar berdasarkan kreativiti masing-masing.

“Kita (Media Prima) sentiasa menyokong sebarang penghasilan industri kandungan kreatif dan (kempen) ini salah satu daripada usaha kami mencungkil serta mengetengahkan bakat tempatan.

“Saluran Media Prima disaksikan lebih 24 juta penonton setiap hari, malah kisah anda nanti akan kami hebahkan ke serata dunia melalui platform media digital,” katanya ketika melancarkan Kempen #MYSyg di Sri Pentas di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Bersama, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif News Straits Times Press (M) Berhad, Mohammad Azlan Abdullah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Mohamad Ariff Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

Penyertaan melalui laman web

Penyertaan secara rakaman video, teks dan gambar boleh dihantar melalui laman web www.mysyg.com.my. Bagi penyertaan kategori video, setiap rakaman tidak boleh melebihi tiga minit manakala teks pula tidak melebihi 150 patah perkataan.

Gambar unik dan kreatif

Sementara itu bagi penyertaan bergambar, peserta boleh menghantar ekspresi wajah unik atau gambar kreatif. Sebanyak lima penyertaan terbaik bagi setiap kategori dipilih melalui 70 peratus undian awam dan 30 peratus undian juri profesional.

Lima kategori bertuah daripada setiap kategori dan pemenang keseluruhan berpeluang memenangi hadiah istimewa yang akan diumumkan kelak.

Penyertaan boleh dihantar hingga 15 Ogos depan dan keputusan pemenang kempen #MYSyg akan diumumkan pada 15 September.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Bront Palarae Bernikah Pada 31 Ogos?

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Dampak