in ,

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Dampak

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menghadiri Prebiu Media Filem Dampak di Cathay Cineplex, Cineleisure Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Filem Dampak yang diterbitkan oleh Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd ini mempertaruhkan pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz di samping pelakon lain seperti Farid Kamil, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans, Scha Alyahya, Wan Hanafi Su dan Nik Kassim. Filem ini juga menampilkan seorang model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina iaitu Michael Chin.

Filem Dampak

Filem ini telah menjalani pengambaran di sekitar Bukit Bintang, dan juga Pulau Ketam.

Filem arahan pertama dari Lai Yuk Long ini akan ditayangkan di pawagam pada 19 September. Nama Lai Yuk Long ini mungkin agak asing bagi kita, Budiey pun kali pertama berjumpa dengan beliau tadi dan katanya sebelum ini dia pernah bekerja dalam produksi iklan komersial.

Setelah menonton selama sejam lebih, dapat Budiey simpulkan filem Dampak ini mengetengahkan isu kekeluargaan dan masalah sosial di ibu kota. Namun, sebenarnya Dampak bukanlah sepenuhnya filem gangsterisme atau kongsi gelap yang Budiey sangkakan pada mulanya. Selebihnya, Dampak sebuah filem aksi dan drama yang menampilkan aksi pergaduhan dan pertarungan. Sikit sebanyak ia mengangkat seni pertahankan diri.

Semasa majlis prebiu Dampak, pelakon Aaron Aziz tidak dapat menghadirkan diri kerana sekarang ini beliau sibuk berlakon filem Tembus bersama pelakon Indonesia, Luna Maya.

Budiey suka dengan kerja-kerja kamera dan sinematografi untuk filem ini. Difahamkan aksi dalam filem ini dibuat sendiri oleh pelakon meskipun ada pelakon stuntman untuk babak berbahaya disediakan untuk mereka.

Kalau anda masih ingat la kan, pelakon Farid Kamil pernah cedera teruk apabila terjatuh dan tempurung lututnya retak tapi Farid masih bersemangat untuk berlakon sampai habis. Semua pelakon pula memerlukan penghayatan yang sedikit sebab filem ini melibatkan banyak babak dramatik.

Budiey dikhabarkan, Malam Gala Filem Dampak akan diadakan pada 12 September ini di Golden Screen Cinemas, Pavilion, Kuala Lumpur jam 7 malam.

Jom kita tengok gambar-gambar dari lensa Budiey sepanjang berlangsungnya Prebiu Media Dampak.

Filem Dampak

#LiveUpdate : Pelakon Farid Kamil hadir berkaca mata hitam di #Prebiu #Filem #Dampak #Cool #MySyg #AaronAziz

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

#LiveUpdate : Ini dia penulis skrip filem Dampak, Amin. Turut hadir di Prebiu Media Dampak @aminpunyer

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

Filem Dampak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Lancar Kempen MySyg

Filem Lemak Kampung Santan di Tonton Premium