in

Maxis Gandakan Kuota Data Untuk Pelanggan

MAXIS MENGGANDAKAN KUOTA DATA UNTUK PELANGGAN INTERNET WAYARLES MAXIS HOME

• Menyediakan pelanggan lebih nilai untuk wang dengan data yang lebih selaras dengan keperluan pengguna data wayarles berat
• Memberi pelanggan ketenangan fikiran apabila menggunakan Internet di samping minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih di seluruh negara
• Disokong oleh kelajuan dan kebolehpercayaan rangkaian wayarles berkelajuan tinggi yang terbaik dan paling luas di negara ini

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, baru-baru ini telah memperkenalkan pelan Internet Wayarles Maxis Home yang menarik yang menawarkan lebih nilai untuk wang dengan lebih data selaras dengan keperluan yang kian meningkat dari pengguna kerap data wayarles. Pelan-pelan yang lebih baik ini menawarkan pelanggan dua kali ganda lebihkuota sehingga 48GB tanpa sebarangtambahan dalam yuran bulanan.

Ebru Dorman, Ketua Kediaman Maxis, berkata, “Kami gembira dapat menyediakan pelanggan pelan-pelan yang dipertingkatkan ini yang memberikan ketenangan fikiran apabila mereka memuat turun semasa waktu luar kemuncak.

Dengan peningkatan ketara kuota waktu luar kemuncak, pelanggan boleh menjalankan lebih banyak muat turun, penstriman (streaming), memuat naik video, dan lebih banyak lagi tanpa perlu bimbang tentang melebihi kuota mereka.

“Pelanggan boleh menikmati WiFi di rumah mereka dengan Internet Wayarles Tetap kami yang membolehkan lebih ramai pengguna di rumah untuk melakukan lebih banyak perkara. Di samping itu, mereka mendapat kelajuan dan kebolehpercayaan liputan rangkaian yang terbaik dan paling luas di negara ini,” tambah Ebru.

Waktu kemuncak merujuk kepada tempoh antara pukul 8.00 pagi dan 2.00 pagi, sementara waktu luar kemuncak adalah antara 2.00 pagi dan 8.00 pagi. Dengan menawarkan penggandaan kuota data, Maxis meningkatkan peruntukan penggunaan data keseluruhan para pelanggan dan membolehkan mereka untuk melakukan lebih banyak perkara dengan sambungan Internet Wayarles Home mereka.

Pelan Internet Wayarles Maxis Home termasuk pelan 4GB pada harga RM59 sebulan, pelan 20GB pada harga RM99 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM169 sebulan. Dari 1 Julai 2012 dan seterusnya, pelanggan-pelanggan sedia ada Internet Wayarles Home akan secara automatik dinaiktaraf untuk menikmati kuota tambahan yang bermula dari kitaran bil mereka yang berikutnya, tanpa caj tambahan.

Internet Wayarles Maxis Home boleh didapati di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Kediaman yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk pelanggan menikmati di komputer riba, tablet dan telefon pintar. Dengan perkhidmatan Internet Gentian Maxis, yang kini terdapat di 1.2 juta rumah dan pejabat dan perkhidmatan internet tetap dan Wayarles ‘on-the-go’ dengan liputan 82% penduduk, Maxis menawarkan internet yang pantas dan boleh dipercayai kepada hampir 6 juta kediaman di Malaysia. Kedua-dua perkhidmatan ini diitawarkan bersama dengan talian telefon tetap termasuk minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih.

Untuk melanggan pelan-pelan Internet Wayarles Home yang baru ini, pelanggan boleh mendaftar di Pusat Maxis yang terdekat, cawangan rakan kongsi eksklusif Maxis atau memohon secara online di http://maxis.com.my/home

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert BigBang Galaxy Tour di Malaysia

Far East Bakal Lancar Album Terbaru Kilauan Khazanah