in

Konsert BigBang Galaxy Tour di Malaysia

Konsert BigBang Galaxy Tour di Malaysia. Mungkin ramai yang tak kenal dengan Big Bang. Termasuklah Budiey pun. Pertama kali dengar, eh, artis dari USA kah, London kah atau manakah ini? Macam-macam yang timbul dengan perkataan BigBang ni. Yang pasti ianya bukan GangBang la ya. Opps! Dan yang kelakar, rata-rata yang minat Big Bang ni sah-sahlah remaja dan anak muda, budak-budak sekolah Menengah yang gilakan mamat-mamat korea yang jambu-jambu. Kalau ditanya kepada orang dewasa, nescaya mereka akan mengeleng kepala. Mahu kita disepak sebab sebut macam-macam yang mengarut. Heh!

Kalau nak tahu, Big Bang ni adalah sebuah kumpulan K-Pop yang tersohor gak la di Korea dan ramai juga peminat mereka di seluruh dunia. Kita je yang tak tahu.

Dan sinonimnya… sekarang ni orang Malaysia tengah gila kat telefon bimbit Samsung Galaxy S III. Kalau beberapa bulan dulu, sejak Yuna jadi duta Samsung Galaxy Note, ramai pulak yang dah bertukar arah. Kemudian bila muncul Samsung Galaxy S III di pasaran, mulalah orang duk gila dengan SIII pulak. Yang Budiey perasan kan, geng-geng yang dulu duk bangga sangat guna Blackberry, sekarang pun dah buang BB mereka.

Okay, entri ini bukannya apa pun, Budiey nak kaitkan telefon bimbit Samsung Galaxy S III ni dengan kehadiran kumpulan Big Bang di mana konsert pertama Big Bang di Malaysia akan dibawa atau ditaja oleh Samsung Galaxy. Ia diberi nama BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR 2012.

Konsert BigBang Malaysia

Budiey dah tak sabar untuk menghadiri konsert BigBang ni sebab tengok persembahan mereka di Youtube memang gempak giler. Budiey pun tercari-cari tiket konsert BigBang ni, macamana la nak dapatkan pass eh?

Konsert BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR 2012 akan diadakan pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka.

Di masa terdekat ini, BigBang akan buat konsert di Shanghai, Guangzhou, Beijing dan beberapa buah negara Asia lain.

Pastinya, ada tawaran menarik untuk harga tiket BigBang Konsert di Malaysia ini untuk pemegang ahli dan juga pembeli telefon pintar Samsung Galaxy S. Nantikan info lanjut tentang Konsert BigBang ini ya.

Info lanjut tentang konsert Tour BigBang di Malaysia bolehlah layari:

https://www.facebook.com/BIGBANG

info concert bigbang

Konsert BigBang Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert G4 Petikan Legasi

Maxis Gandakan Kuota Data Untuk Pelanggan