in ,

Mawi & Adira Meriahkan Muzikal Taman Rohani

Muzikal “Taman Rohani” Tampilkan Mawi dan Adira Sepanjang Ramadan di TVi. Menampilkan persembahan lagu-lagu kerohanian yang disampaikan oleh penyanyi tersohor Mawi di samping Aisha Safia, Adira dan Mohd (Mentor), saksikan muzikal terbaharu di siarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

Muzikal bertajuk “Taman Rohani” berbentuk sebuah konsert hiburan bermesej disampaikan menerusi lagu dan lirik secara “live music”. Dengan membawa konsep lagu-lagu berunsur ketuhanan, alam dan kemanusian ini istimewanya dipersembahkan secara “live” oleh penyanyi popular di dalam sebuah studio.

13 episod program terbitan Luncai Emas Sdn Bhd yang telah pun mula bersiaran sejak 28 Jun lalu hingga 9 Ogos depan, pukul 3.00 petang di mana setiap episod memiliki temanya tersendiri dan tema ini dijelaskan melalui penyampaian bersahaja seorang pengacara wanita.

Dia bakal diiringi dua pemuda yang berqasidah serta dua pemain violin dan gambus yang melatari kata-kata indah daripada pengacara ini dengan irama muzik mereka.

Sebanyak 7 lagu terpilih dipersembahkan secara langsung ‘live’ oleh 2 orang artis popular masakini pada setiap episod. Persembahan penyanyi diiringi oleh 9 pemuzik & penyanyi latar tetap sepanjang program.

Banyak lagu-lagu di dalam Taman Rohani ini mampu memberikan kepuasan dan ketengangan jiwa kepada penonton TV disamping menyedarkan akan kelemahan kita sebagai manusia di dunia ini.

Dengan montaj grafik secara 3D dan kesyahduan lagu temanya pasti akan membuat para penonton TV di rumah merasakan lebih berbaloi menonton keseluruhan episod Taman Rohani sewaktu ianya bersiaran nanti.

Justeru kepada anda yang sedang menjalani ibadah puasa namun masih ingin berhibur secara santai, program muzikal ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Top Up U Mobile Dapat Minuman Revive & Mamee Cup Percuma

Team Ajieb Rosdi Menang Pertandingan Tarian Di Korea Selatan