in ,

ADV: Top Up U Mobile Dapat Minuman Revive & Mamee Cup Percuma

Bulan puasa kini dah pun tiba. Apabila masuk bulan puasa Budiey rasa kena lebih berjimat cermat dalam setiap aspek termasuklah masa guna phone. Talian yang paling jimat setakat ni tentu UMobile.

Budiey hairan, ramai kawan-kawan Budiey merungut dengan mutu liputan dan kelajuan internet mereka tak berapa nak elok. Budiey pernah pesan kat diorang suruh bertukar kepada U Mobile sebab cukup jimat dan tak payah nak peningkan kepala fikir pasal coverage. Budiey dah guna bertahun-tahun U Mobile, setakat ni takde masalah pun.

Apa yang Budiey sangat suka dengan UMobile sebabnya setiap kali ada promosi atau kempen ke, mesti akan menguntungkan pengguna setia. Terbaru, UMobile memperkenalkan satu promosi yang cukup hebat iaitu Umobile Free Meal.

Freemeal U Mobile

Okay, biar Budiey cerita secara ringkas apa itu Umobile Free Meal agar pembaca semua senang nak faham. Okay setiap kali kita beli kad top up RM30, kita akan diberikan minuman Revive Isotoni Original 500ml secara percuma. Bolehlah buat hilangkan dahaga tu.

Manakala, jika anda beli kad top up RM50 pula, anda akan dapat percuma Mamee Express Cup Curry Flavour dan satu botol Revive Isotonic Original 500ml. Semua barangan percuma ni anda boleh tebus di semua cawangan 7-Eleven sehingga 31 Ogos 2014.

Apabila mengetahui tentang tawaran hebat ni, Budiey pun apa lagi, memang tak nak lepaskan peluang sebab dahlah guna U mobile ni dah jimatkan duit saku, kemudian diberi peluang untuk dapat barangan percuma di mana barang tu memang kita guna pun buat isi perut, betul tak?

Kalau boleh Budiey nak beli banyak-banyak kad top up, simpan untuk buat stock. Manalah tahu, bulan puasa ni memang kena banyak buat panggilan untuk tanya khabar ibu kat kampung.

Hari minggu yang lepas, kebetulan kredit dalam Umobile dah nak habis, Budiey pun cubalah untuk kali pertama beli top up RM50 di 7-Eleven yang terletak di Avenue K.

Umobile

Selepas mendapatkan kad top up, Budiey nampak di kad tu dah ada promo barangan percuma ni. Tanpa disuruh atau digesa, jurujual dah berikan terus Mamee Express Cup Curry Flavour dan satu botol Revive Isotonic Original 500ml. Wow memang untung pulak rasanya. Jimat lah duit belanja makan tengahari. Haa, zaman serba nak cepat sekarang ni makan Mamee Express Cup Curry Flavour dan satu botol Revive Isotonic Original 500ml pun dah boleh kenyangkan perut.

Umobile

Budiey rasa sangat selesa beli kad top up di 7-Eleven ni. Memang dari dulu lagi sebenarnya dah jadi kebiasaan. Kalau nak beli kad top up, Budiey terus pecut ke 7-Eleven je. Sebab apa? Sebabnya senang dan mudah sangat . Kat mana-mana pun ada outlet 7-Eleven sekarang ni. Lagi pun, lepas beli kad top up, biasanya Budiey akan beli sikit makanan untuk lapik perut.

Jadi sekarang ni, Budiey tak perlu nak keluarkan belanja lagi sebab Umobile dah kasi hadiah percuma dengan hanya top up RM30 dan RM50. Ohsem lah!

Untuk anda yang nak info lanjut tentang promosi ni, bolehlah klik laman sesawang ni: www.u.com.my/prepaid-packages/top-up-locations

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Alif Lancar Single Terbaru Satu Nyawa

Mawi & Adira Meriahkan Muzikal Taman Rohani