in , ,

Adira Suhaimi Ikat Peranakan Selepas Empat Kali Bersalin Secara Czer

Penyanyi Adira Suhaimi dekat melakukan prosedur mengikat peranakan bagi mengelakkan untuk kembali hamil selepas dikurniakan empat cahaya mata.

Selebriti dan penyanyi, Adira Suhaimi memaklumkan dia tidak terfikir untuk menimang cahaya mata kelima memandangkan dia sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.

Ujar penyanyi yang berusia 31 tahun itu, dia telah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’ dengan mengikut saranan dan nasihat daripada doktor dan suami.

“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’. Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.

“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya bersetuju (ikat peranakan). Begitu juga dengan suami.

“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,”

– Adira Suhaimi
Adira Suhaimi Ikat Peranakan Selepas Empat Kali Bersalin Secara Czer

Bukan itu sahaja, Adira turut menjelaskan dia lebih selesa memberikan nama anak-anaknya yang lebih ringkas dan penuh dengan makna.

Jelasnya, orang di sekelilingnya akan lebih senang untuk menyebut dan memanggil anak-anaknya kelak sekaligus memudahkan urusan pihak lain.

“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang akan panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya memudahkan.

“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,”

– Adira Suhaimi

Sekadar info, Adira telah disatukan bersama  bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Yakin Ramai Tak Sabar Dengar Lagu Duet Bersama Caprice

“Rasa Seperti Dihempap Batu Bila Wafariena Hentam Saya” – Iqbal Zulkefli