in ,

Malam Promosi Tayangan Filem MULUK

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana akan menganjurkan Malam Promosi Tayangan Filem “Muluk” pada 9 Disember 2015 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Kampus Shah Alam.

Malam Promosi Tayangan Filem “Muluk” ini dianjurkan bagi mempromosikan filem tersebut sebelum ia menerjah ke layar perak di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, Malam Promosi Tayangan Filem “Muluk” ini juga merupakan salah satu projek pelajar tahun akhir bagi mengaplikasikan ilmu secara praktikal melalui kursus Film Distribution And Exhibition – CTM644.

DSC_0193

Filem “Muluk” ini merupakan sebuah filem komedi setempat arahan YBhg. Dato’ Profesor A. Razak Hj. Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) yang diterbitkan oleh FiTA Studios Sdn Bhd milik UiTM. Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Azhari Zain (yang membawa watak utama sebagai Muluk), Saiful Apek, Yassin Senario, Jalil Hamid, Tehmina, Faizul Rashid, Norman Hakim, Nadia Brian, Soo Wincci, Sarah Hildebrand, Raysha Rizrose, Azhan Rani, Syuk SYJ, kumpulan Zero dan Chem Amar.

Ianya mengisahkan seorang lelaki yang bernama Muluk dan rakannya yang sangat berkeinginan untuk menyertai pasukan keselamatan.

Ini kerana mereka menganggap kerjaya sebagai seorang pengawai keselamatan adalah seorang wira masyarakat. Jangan melepaskan peluang untuk menghadir ke Malam Promosi Tayangan Filem “Muluk” bagi mengetahui cabaran yang terpaksa dilalui oleh Muluk dan rakannya dalam misi menjadi wira setempat.

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) turut serta memberi ruang kepada pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan persendirian bagi menyalurkan sumbangan dalam membantu menjayakan Malam Promosi Tayangan Filem “Muluk” ini.

Pihak fakulti mengalu-alukan penglibatan pihak luar dalam mendapatkan penajaan seperti pakej-pakej tajaan seperti berikut: Penaja Utama (Main) RM10,000 dan ke atas, Penaja (Platinum) RM8,000, Penaja Bersama (Emas) 6,000 dan Penajaan Terbuka/Persendirian (RM1,000 dan tidak lebih dari RM5,000).

Orang ramai yang berminat untuk menonton tayangan filem ini boleh mendapatkan tiket
yang bernilai RM10.00 menerusi Unit Pemasaran Malam Promosi Tayangan Filem yang bernilai RM10.00 menerusi Unit Pemasaran Malam Promosi Tayangan Filem
“Muluk” dengan menghubungi Koordinator Unit Pemasaran, saudari Zuleika Zainal “Muluk” dengan menghubungi Koordinator Unit Pemasaran, saudari Zuleika Zainal
Anuar di talian 012-214 9296

TENTATIF PROGRAM
MALAM PROMOSI TAYANGAN FILEM “MULUK”

Hari : Rabu

Masa : 8.00 Malam – 11.15 Malam

Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GHOST THEATER Bakal Menghantui Pawagam Mulai 3 Disember Ini

Event STAR WARS: THE FORCE AWAKENS di Mid Valley