in ,

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato’ Siti Nurhaliza

Sebagai medium yang memberikan pelbagai jenis maklumat termasuklah menghiburkan orang ramai dengan lagu-lagu yang menarik, memberikan informasi mengenai lalulintas jalanraya, berhibur sambil beramal, memberikan kepuasan kepada pendengar dengan mengadakan beberapa pertandingan dan sebagainya, stesen ERA fm kali ini cuba mencari kelainan dari yang biasa.

Hari ini, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengambil tugas di JoHaRa Pagi ERA! Pastinya semua pendengar dan peminat penyanyi popular seronok melayan celoteh JoHaRa dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Nazri Noran:

“Sepanjang berlangsungnya sesi temubual bersama Dato’ Siti Nurhaliza, beliau turut berkongsi pengalamnnya sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan tanahair bersama pendengar kami. Memainkan peranan sebagai tuan rumah juga, pihak JoHaRa telah menelefon beberapa orang yang rapat dengan Dato’ Siti Nurhaliza untuk bertanya dan menyungkil rahsia mengenai beliau. Dalam segmen yang sama, kami turut memainkan lagu-lagu popular beliau yang ada lebih 40 buah lagu dalam playlist kami.

“Kami bukan sahaja memberikan peluang buat Dato’ Siti Nurhaliza untuk berkongsi pengalamannya yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara, malah beliau dikehendaki menjawab beberapa soalan yang dikeutarakan oleh JoHaRa secara spontan. Ini juga merupakan sesuatu yang menarik buat pedengar, kerana mereka dapat mengenali personaliti penyanyi tersohor ini dengan lebih rapat. Anugerah khas juga turut disampaikan kepada Dato’ Siti Nurhaliza iaitu, penghargaan sebagau Lagu Yang Banyak Dimainkan di ERA fm.

KEJUTAN BUAT DATO’ SITI NURHALIZA DARI ERA fm & RAKU
Lagu “Inspirasi” Nyanyian Hafiz feat. Faizal Tahir Dedikasi Khas Untuk Dato’ Siti Nurhaliza

Inisiatif JoHaRa Pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray dalam merangka idea untuk menyumbangkan sesuatu yang lain dalam industri hiburan telah terbukti apabila mereka berjaya melaksanakan sebuah kejutan buat penyanyi yang bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Dato’ Siti Nurhaliza.

Sebagai usaha ERA fm untuk memartabatkan lagi penyanyi-penyanyi tanahair terutamanya yang banyak memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat yang memberikan kesan mendalam dalam indutsri hiburan tanahair, pihak ERA fm dan RAKU tampil untuk membuat suatu kelainan dengan menghasilkan sebuah lagu khas buat Dato’ Siti Nurhaliza sempena meraikan ulangtahunnya yang ke 20 tahun dalam industri hiburan.

Paling menarik, JoHaRa Pagi ERA telah melakukan kejutan buat Dato’ Siti Nurhaliza! Kejutan berbentuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi muda dan berbakat , Hafiz yang berpayung di bawah naungan Astro Talent Management bersama penyanyi yang penuh karisma Faizal Tahir, yang khas dicipta khas buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza berjudul ‘Inspirasi’.
Hari ini juga, Dato’ Siti Nurhaliza kelihatan sangat teruja dengan adanya sebuah lagu yang didedikasi khas buatnya.

Menurut Pengurus Kandungan RAKU, Rithan,

“Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang banyak berjuang dalam industri muzik ini sehingga mencipta nama beliau ke peringkat antarabangsa. Sebagai platform untuk menggalakkan lagi bakat-bakat tempatan berkarya dan meneruskan visi bagi membantu menaikkan lagi industri muzik tanahair , pihak RAKU dan ERA tampil untuk menghasilkan sebuah lagu khas ditujukan buat beliau. Lagu ini Faizal Tahir dan Mike Chan sebagai composer, lirik oleh Faizal Tahir dan dinyanyikan oleh Hafiz featuring Faizal Tahir”.

“Lagu yang berjudul ‘Inspirasi’ ini merupakan sebuah lagu yang memberikan sepenuh penghayatan untuk mendapatkan ilham dalam menggapai sesebuah kejayaan. Didedikasikan khas buat Dato’ Siti Nurhaliza , yang tidak pernah berhenti perjuangannya dalam kerjaya sebagai anak seni”.

Oleh itu, lagu ‘Inspirasi’ yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Faizal Tahir ini telah pun keudara bermula hari ini di ERA fm dan aplikasi RAKU. Bagi yang ingin dengarkan lagu ini juga boleh muat turun aplikasi RAKU dimemuat turun aplikasi ini melalui iOS dan Android dan cari lagu “Inspirasi” yang boleh didengarkan selama 2 minggu secara eksklusif dengan melayari www.raku.my/inspirasi

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Lagu INSPIRASI Nyanyian Hafiz Kejutan Buat Dato' Siti Nurhaliza

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi 103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu

Drama Bersiri PENGEMBARAAN JASON MURAD Lakonan Kilafairy