in

Kumpulan Airasia Berpindah Ke KLIA2 Pada 9 MEI 2014

Kumpulan AirAsia ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pihak Kerajaan di atas keputusan untuk mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang lapangan terbang KLIA2.

[pullquote]Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak Kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai. Kami amat berterima kasih diatas keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak Kerajaan dalam isu ini.[/pullquote]

Kumpulan AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan (ORAT) seperti ujian operasi dan airside. Dengan bantuan dan sokongan dari pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), kita akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi ORAT untuk memudahkan proses perpindahan.

Walaupun masih terdapat beberapa isu-isu komersial yang tertangguh, perkara ini tidak akan membatas operasi kami di KLIA2 seperti yang dirancang. Oleh itu, Kumpulan AirAsia akan berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014.

Kami berharap untuk beroperasi dari KLIA2, dan seterusnya menjana pertumbuhan dan pembangunan kami melalui lapangan terbang tersebut. Kami berharap bukan sahaja untuk mengembangkan perniagaan kami dalam jangka masa panjang, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan industri penerbangan dan ekonomi Malaysia melalui kesan berganda dari industri pelancongan. Kami yakin perkhidmatan di KLIA2 dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor lain.

Untuk manfaat semua pihak, perbincangan dan rundingan berterusan dengan pihak berkuasa terlibat sedang dijalankan.

Walaubagaimanapun, jika terdapat rundingan yang tidak dapat diselesaikan, kami harap pihak kerajaan boleh menjadi pengantara supaya pihak MAHB dapat menjalankan tugas mereka sebagai pengendali lapangan terbang baru itu. Pada masa yang sama, kami juga berharap agar Kumpulan AirAsia diberi ruang untuk terus beroperasi secara optima di KLIA2 berasaskan model perniagaan syarikat penerbangan kos rendah yang telah terbukti berkesan dengan caj dan levi yang munasabah.

Kami akan memaklumkan semua tetamu kami dengan sewajarnya untuk memastikan proses pemindahan yang lancar dari Terminal LCC ke KLIA2.

*Kenyataan diatas adalah daripada Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, dan Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Popular Meriahkan Program Teh Tarik Satu

Ajieb Rosdi & Nuri Terima Tawaran Rakam Lagu Di California