Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB



Inul Daratista, penghibur dangdut ternama dari Indonesia akan menghiburkan peminatnya di Johor Bahru pada 19 Julai 2008 dalam konsert Inul Live in JB di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru.

Pada jm 3.30 petang (27 Jun 2008) telah berlangsung satu sidang media untuk Konsert Inul Daratista di Restoran Senja, Heritage Row, Kuala Lumpur. Sidang media ini juga turut mengumumkan satu lagi konsert diadakan pada sehari selepas konsert Inul diadakan iaitu konsert Made In Malaysia 2008.

Konsert ini adalah konsert pertama Inul di Johor setelah beberapa kali buat persembahan di Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Inul Daratista yang berasal dari Pasuruan, Jawa Timur merupakan artis Indonesia yang mempunyai ramai peminat di Malaysia, samada penduduk tempatan atau pun tenaga kerja Indonesia yang ada di Malaysia.

Konsert Inul ini dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd yang juga merupakan penganjur Konsert Inul yang pertama di Malaysia pada tahun 2005 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert INUL Live in JB ini akan dipersembahkan oleh Strategic Wealth Management selaku penaja utama konsert ini.

Bermula jam 8.45 malam dan berakhir sebelum tengah malam, Konsert ini akan dihangatkan dengan persembahan opening act Faiza, vokalis utama kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan yang turut menjadi hos konsert. Diikuti dengan persembahan kumpulan Candy yang popular dengan lagu mereka “Akan Ku Tunggu” yang beraksi selema 45 minit.

Selama 2 jam, Inul Daratista akan mengajak peminat bergelek sakan diiringi oleh Audensi Band yang juga diiringi oleh Audensi Band yang diterbangkan khas dari Indonesia. Audensi terdiri daripada 14 orang pemuzik dan 2 orang penyanyi latar.

Untuk menyaksikan konsert ini, peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM50 (padang) dan RM100 (tempat duduk grandstand) dijual di sekitar Pusat Membeli Belah di Johor Bahru termasuklah Plaza Kotaraya, Terminal Larkin, Plaza Pasir Gudang dan Plaza Angsana serta kedai-kedai kaset.

Kalau anda mahu menonton secara PERCUMA dan menang pula pelbagai hadiah eksklusif, korang boleh hantar mesej ON INUL dan hantarkan ke 33887.

[tags]inul daratista, gambar seksi, konsert inul, johor bahru, akan kutunggu, aim 15, anugerah industri muzik, astro, bang bil, channel 15, dewan bestari, ghau ghau, johan, lu pikirlah sendiri, mat rempit, musim kedua, result euro 2008, austria, broadcast, telecast football, musim pertama, nabil, raja lawak, sensasi, shamsul, spontan, stand up comedy, sukan, upnm, inul live, jb, strategic wealth, candy, gossip[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert PERCUMA Dewa 19 dan Inul Daratista @ KL LIVE
  • Konsert Inul Daratista Di Stadium Putra Dibatalkan
  • Inul Daratista Hampir Pengsan Konsert Ditunda
  • Marshal Anwar SEMAKIN FOBIA
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • Tiket Konsert Final One In A Million OIAM Untuk Peminat Shila
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Konsert Star Live 2009 Catat Rekod Membanggakan
  • Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini



  • 9 Komen untuk entri “KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB”

    1. bah kata:

      mesti orang2 indo gak yang banyak pegi nyeeeee. wa talak heran maa!

    2. obefiend kata:

      question time no:1

      why do indo artist like to dress themself up like bloody porn stars? look at the banner above. that looks like a banner i saw in private and naughty america site

      i dont think this is done by accident. marketing people are well known for their sly idea. pornification of artist is a shameful tactic.

    3. nita kata:

      knpa bila faizal tahir buka baju terus dibanned,tapi ini yg pakaiannya memng jelas menjolok mata dn persembahan yg mengghairahkan di benarkan…mana perginya undang-undang dan mereka yg bertindak????

    4. papadom kata:

      org gile je yg jemput gerudi dtg negara ni..kt negara dia sndr pn kena gam cbuk nk dtg cni..baik betul M’sia..begitu terbuka..

      mmg BODOH penaja2 kat M’sia ni..yg tgk pn BODOH!!

    5. tautakpe kata:

      Bagus..bagus..sapot Indon abis2..

    6. erz kata:

      Aku sokong papadom kata…
      M’sia terlampau baik tu yang minat & mat indon buat besar kepala kt sini…
      smpai org M’sia jd takut kt Indon walaupun di negara sendiri…
      tunggu la sikit hari…M’sia nnti jd Malaydon…

    7. naNaku kata:

      hmmm sik2 artis indon nk dibela…nk dimanje …nk ditaja la..aper la…bile nk support artis m’sia nie wei………….jb da la rmi indon… ! cm jakarta no 2 lak…

    8. dre_ley kata:

      mmg hancurla…buatlh concert kat dalam utan jer…buat malu bdk2 jb jer…kalau concert made in malaysia aku memang support 100%…memang gerek beb

    9. pieh kata:

      aku suke lagu inul,tapi aksi die mang meluat la,gaye die tak baik u pemikiran budak2 sekarang………..tah pe2 tah

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK