in

Inul Daratista Hampir Pengsan Konsert Ditunda

Inul Hampir Pengsan

Pada 18 Julai lalu, sidang media tergempar pembatalan Konsert Inul Daratista telah diadakan di Hotel Concorde. Selain Inul, turut hadir, penaja konsert, Strategic Wealth Management (SWM), Pengurus SWM, Jomali Rusdi; Pegawai Perhubungan Awam PT MSI, Mona Sari Hassan; Pegawai Perhubungan Awam SWM, Meriam Hussin dan Pengarah IMS, Marshall Ahmad.

Konsert Inul dibatalkan kerana Pejabat Daerah Johor Bahru tidak meluluskan permit dua hari sebelum konsert berlangsung. Konsert yang sepatutnya diadakan malam di Larkin semalam telah dibatalkan tanpa alasan dari pihak berkuasa. Mungkin sebab imej Inul yang ada unsur erotik dalam gerak tariannya.

Inul atau Ainur Rokhimah Abdullah Aman, 29, yang ternyata tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pembatalan itu. Pihak penganjur dan penaja pula katanya kerugian RM300,000. Walaubagaimanapun, tiket telah direfund dan khabarnya pada 27 Julai ini, konsert Inul akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Inul kata:

“Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah.”

Wanita kelahiran Pasuruan, Jawa Timur, itu tidak menyangka pembatalan konsertnya di negara ini sebab berdasarkan liputan media tempatan dan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap dirinya sebelum ini sangat bagus.

Memang dramatik sangatlah… Tambahan lagi sewaktu sidang media berlangsung, pembantu peribadi Inul, Siska sempat menghubungi pengurus Inul yang juga suaminya, Adam Suseno, bagi memaklumkan pembatalan konsert itu. Sidang media tidak ubah seperti satu medan pujuk memujuk… negotiate.

2683662313 A70113Aefb O | 4

Konsert Inul di Stadium Putra pada 27 Julai ini

Oleh kerana bersimpati dengan peminat Inul yang sudah membeli tiket, mereka meneruskan juga konsert walaupun terpaksa bertukar lokasi dan menundanya kepada 27 Julai.

Bagi yang sudah membeli tiket boleh menggunakan tiket sama di Stadium Putra. Mereka yang ingin membeli tiket harganya RM50 dan RM100. Setakat ini, sudah 25,000 tiket terjual dan disebabkan itu, pihak penganjur amat mengharapkan Inul memaafkan segala yang berlaku dan memberikan kerjasama bagi konsert pada 27 Julai ini.

[tags]gambar inul, pengsan, pained, diva, irma, stadium putra, video, 9a1 students, bayi artis, bintang popular, gambar bayi vie shantie, mp3, 3gp video, how to get into cambridge university, keeble college, linda raffar, maybank2u. cimbclicks[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Zahnita Hussein Wilson

Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3