in

Konsert Brian McKnight di Malaysia Bakal Gegarkan PWTC

Penyanyi antarabangsa Brian McKnight akan terbang ke Malaysia untuk buat persembahan di Konsert An Evening with… Brian McKnight yang berlangsung pada 9 Mei 2014, Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 8.30 malam.

Konsert julung kali komposer dan penerbit terkenal ini dibawakan oleh JAG Tickets bakal menghimpunkan semua peminat dan penggemar muzik R&B dari Malaysia dan Singapura. Ya lah, siapa yang tak kenal dengan Brian McKnight yang merupakan seorang penyanyi dan pemuzik boleh berbakat bermain lapan instrumen termasuklah piano, gitar, gitar bass, perkusi, trombone, tuba, flugelhrn dan trumpet.

Brian McKnight terkenal dengan kebolehan suara falsettonya beliau dikatakan antara penyanyi paling berbakat dalam genre urban kontemporari R&B. Pencapaiannya dalam bidang muzik tidak perlu dipertikaikan di mana beliau telah mendominasi pencalonan Grammy Awards sebanyak 16 kali.

Lagu yang Budiey minat pastinya Back At One. Memang best lagu tu dan pastinya Brian McKnight akan menyanyikan lagu itu di konsertnya di Malaysia nanti.

Tiket berharga antara RM150 hingga RM1,250 sudah pun mulai dijual. Anda boleh melayari: http://www.jagtickets.com.my

Head over to our Pop Up ticket counter at Borders @ The Gardens on 24th and 25th of April from 11am-5pm and Borders @ The Curve on 26th of April from 2pm-7pm to purchase tickets for the upcoming Brian McKnight concert. See you there!

Brian McKnight

Brian McKnight

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rio To Malaysia Meriahkan Komuniti FELDA di Kerteh Terengganu

Astro Wins Awards at the 2014 New York Festivals Television & Film Awards