in

Rio To Malaysia Meriahkan Komuniti FELDA di Kerteh Terengganu

Program Jerayawara “Rio To Malaysia” singgah ke destinasi kedua dalam siri jelajahnya bertempat di Padang Astaka Ketengah Jaya, Felda Gugusan Kerteh, Terengganu pada 26 April 2014, Sabtu ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

Sambutan hangat yang diterima sebelum ini ketika siri Jelajah Rio To Malaysia ke Melaka nyata menambahkan lagi bahang kemeriahan siri jelajah yang dianjurkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas sempena meraikan kehadiran perlawanan Piala Dunia 2014 bulan Jun nanti.

Siti Nordiana

[pullquote]‘Rio To Malaysia’ diadakan sempena Sambutan Piala Dunia Rio De Janeiro Brazil 2014. Sebagai stesen penyiar berlesen dalam acara meriah ini, RTM mengambil peranan penting bagi mempromosikan FIFA 2014.[/pullquote]

Berkonsepkan rekreasi dan riadah bersama keluarga, program jeyarawara ‘Rio To Malaysia’ menjadi platform terbaik untuk RTM mendekati penonton – penonton setia melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di gerai ‘Rio To Malaysia’. Ia adalah sebagai salah satu aktiviti promosi dan publisiti bersama masyarakat setempat.

Menariknya kali ini program Rio To Malaysia bekerjasama dengan pihak FELDA yang nyata begitu menyokong usaha mengeratkan hubungan dengan komuniti FELDA di mana mereka bakal turut sama ‘turun padang’ memeriahkan program ini.

Sempena kehangatan perlawanan Piala Dunia 2014, RTM yang kini menyambut ulang tahun ke – 68 lebih peka dengan perisian program sukan dan hiburan yang lebih padat dan terus memberikan manfaat kepada para pengunjung dan peminat.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi gerai RTM sempena Bola ‘Rio To Malaysia’ seawal pukul 8.00 pagi, yang bertempat di tapak parkir Astaka Ketengah Jaya, Felda Gugusan Kerteh, Terengganu. Aktiviti bermula 8.30 pagi dengan senamrobik di pentas Astaka dan pukul 9.00 pagi pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak serta pelbagai permainan dan kuiz berkonsepkan perlawanan bola Piala Dunia.

Antara aktiviti menarik sempena Rio To Malaysia ialah Pertandingan Futsal Tradisional, Pening–Pening Bola, Timbang Bola, Kuiz Rio To Malaysia, Pertandingan Memasak Bersama ADABI, Boling Kelapa, Bola Beracun, Jaringan Emas, Kaki Bajang Bola dan Teka Bola.

Selain itu program ini juga menampilkan artis popular seperti Siti Nordiana, Jalil Hamid, Zahid dan artis-artis FELDA juga ikon RTM, Suhaimi Muhamad (program Dialog) dan Fadzly Fuad (program Suara Kita Hak Kita).

Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan Ikon RTM, DJ Radio TERENGGANUfm, dan artis tempatan serta pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta cenderahati istimewa dari RTM.

Lokasi seterusnya Rio To Malaysia akan berlangsung di Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor (11 Mei 2014) dan Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang (25 Mei 2014).

FELDA pada 24 hingga 26 April turut menganjurkan Karnival Wayang Padang yang mengadakan aktiviti seperti pameran, sukaneka juga tayangan filem Tanda Putera, sebelah malam pada 26 April nanti.

Penaja program ini Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Figos Sdn Bhd, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd, Hyrax Oil, Skop Production Sdn Bhd, Glaxo Smith Kline Consumer Healthcare Sdn Bhd dan Bright Network Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rip Curl Perkenal Koleksi Spring Summer 2014

Konsert Brian McKnight di Malaysia Bakal Gegarkan PWTC