Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Konsert AKON Freedom Beach Concert 09 Ditangguhkan Ke 24 Oktober 2009

PENAGGUHAN KONSERT AKON PADA 24 Oktober 2009

Kunjungan ketiga Akon ke negara ini pastinya dinantikan ramai peminat. Meskipun Akon dijadualkan mengadakan persembahan Akon Freedom Beach Concert 09 pada Khamis, 2 Julai 2009, bagaimanapun ia ditangguh pada Sabtu, 24 Oktober nanti. 

Menurut wakil penganjur konsert, Marctensia, Michael Chan, persembahan kali ini terpaksa ditangguh atas faktor peribadi yang mempunyai kaitan mengenai keluarga Akon. Akibat faktor itu, Akon tidak berkesempatan untuk menunaikan janji berkunjung ke negara ini dalam masa terdekat.

 

Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Dakar, Senegal ini juga memaklunkan penagguhan persembahan untuk konsertnya di Manila, Filipina yang dijadulakan pada 4 Julai nanti.  

“Selaku penganjur, kami berasa sangat terkilan dan meminta maaf kepada peminat dan pihak media atas sebarang kesulitan yang menjadi faktor konsert kali ini ditangguh pada saat akhir. Di sini, penganjur sertakan bersama klip video Akon dan penyanyi ini berjanji kepada peminat untuk kembali ke negara ini mengadakan persembahan pada tarikh baru yang dinyatakan,” katanya. 

Konsert kali ini yang akan diadakan pada Sabtu, 24 Oktober nanti berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon bermula jam 8 malam. Harga tiket yang dijual sebelum ini iaitu RM88 (Zon Pantai), RM138 (Zon Rock) dan RM188 (The Pitt) tidak mempunyai sebarang perubahan. Tiket yang sudah dibeli masih boleh digunakan untuk konsert pada hari berkenaan. 

Bagi peminat yang sudah membeli tiket sebaliknya tidak pasti mengenai tarikh konsert sebenar, pemulangan duit tiket boleh dibuat dari 6 Julai hingga 18 Julai ini di pejabat Axcess, Petaling Jaya Selangor. 

Klik video di bawah ini untuk mendengar sedikit pesanan daripada AKON.

Sebarang pertanyaan, sila layari laman web www.axcess.com.my atau hubungi talian Axcess: 603-7711 5000. 

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Akon Freedom Beach Concert 2009
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • KONSERT RADIO ROSAK 2009 Ditangguhkan 6 Mac 2010
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Photo Jennifer Lopez & Marc Anthony Kick Off Tour In Atlantic City
  • Konsert Ke-3 Search Di Awan Biru Kini Tiba di Jengka
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • Konsert Search Berpindah Tempat ke BUKIT KIARA Equestrian & Country Resort
  • XPAX IGNITES NE-YO LIVE IN KUALA LUMPUR 2010
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!