in

Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?

Dengarnya, Meet Uncle Hussain akan kehilangan vokalisnya, Lan. Berpunca daripada beberapa masalah dalaman, akhirnya, Lan terpaksa keluar dari band indie paling popular ini. Namun, nama Meet Uncle Hussain tak berkubur, Lan akan digantikan dengan vokalis yang baru.

Untuk peminat MUH, korang boleh saksikan persembahan terakhir Lan sebagai vokalis MUH di showcase Meet Uncle Hussain’s & Friends pada 5 Julai ini di Hard Rock Cafe dari jam 11 malam. Bayaran RM25 setiap seorang. Noh Hujan, Lan Kristal dan EONE Fo3 pun ada kat sana. Sesiapa berminat boleh hubungi Hard Rock Cafe di talian 03-27155555.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert AKON Freedom Beach Concert 09 Ditangguhkan Ke 24 Oktober 2009

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin di Bahtera Perubahan Astro Oasis