in

Kem Unicnya Ramadhan Kali Ke 3 Bersama UNIC

KEM UNICNYA RAMADHAN KALI KE 3 BERSAMA UNIC

Bulan Ramadhan kini semakin tiba untuk disambut oleh Ummat Islam di seluruh dunia. Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadhan kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia akan sibuk dengan jemputan-jemputan majlis berbuka puasa dan program yang memerlukan kepakaran mereka.

Tidak terkecuali dengan kumpulan nasyid remaja popular UNIC, tahun ini merupakan kali ke 3 berturut-turut mereka menganjurkan Kem UNICnya Ramadhan. Kem yang bakal diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat bertarikh 4 -5 Ogos 2012 ini adalah anjuran anak syarikat UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di bawah kelolaan UNIC sendiri iaitu UNIC Nasyeed & Training Consultants (UNTC) dengan kerjasama Famili UNIC dan Nur Eco-Resort.

Melalui kem yang terbuka untuk semua golongan ini, peserta akan berkampung beramai-ramai untuk merasai keindahan bulan Ramadhan dengan diselitkan aktiviti-aktiviti menarik seperti Mesra Bersama UNIC, Bengkel Al-Fatihah bersama Johan Akademi Al-Quran, BBQ dan Mini Show UNIC serta tidak ketinggalan aktiviti kerohanian seperti Terawikh Berjemaah, Tadarus Al-Quran serta Qiyammullail.

Bagi memudahkan pergerakan para peserta yang mendaftar, pihak UNTC akan menyediakan kemudahan pengangkutan bas dari Stesen Komuter Kajang. Yuran yang dikenakan juga sangat berpatutan dengan hanya RM120.00 (termasuk juadah berbuka&bersahur, penginapan, pengangkutan, nota), serta diskaun untuk ibubapa yang ingin menghantar anak-anak lebih dari seorang dan diskaun istimewa untuk ahli berdaftar Famili UNIC sendiri. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Ogos 2012

Untuk pertanyaan atau pendaftaran, boleh menghubungi pejanat urusan UNICDOTMY di talian +603-6186 4300 / +6019-428 9986 atau email ke [email protected]. Website UNIC : www.unic.my Facebook : UNIC

Poster Unicnya Ramadhan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Keluarga Iskandar Episod 3

Rakaman Program Raya Astro WARNA RAYA