in , ,

Ulasan Album Kalau Berpacaran The Album

Memang susah ingin mencari seorang penyanyi dengan suara yang gemersik lagi merdu dan boleh bertahan lama. Terkenal dengan lagu “Epilog Cinta Dari Bromley” di awal tahun 80an, yang masih dikenali sehingga sekarang, suara Sohaimi Mior Hassan masih lagi diminati.

SOHAIMI kalau berpacaran cover album

 

Kalau Berpacaran… The Album

Beliau yang tidak pernah lekang mencipta lagu, kini kembali semula menguasai carta radio dengan lagu ciptaan terbarunya bertajuk “Kalau berpacaran”.

Lagu yang telah pun menjadi kegilaan ramai ini adalah kolaborasi bersama dua penyanyi dari generasi baru, Altimet dan Ana Raffali. Lagu “Kalau Berpacaran” ini adalah merupakan ciptaan sepenuhnya oleh beliau ketika menghadiri program “Cipta Ekspres” yang dianjurkan oleh MACP (Music Authors Copyright Protection) di Port Dickson tahun yang lalu.

Menggabungkan irama A Go Go dan Hip Hop, “Kalau Berpacaran” disampaikan dalam bentuk nasihat seorang bapa kepada anak perempuannya tentang perilaku ketika bercinta.

Ana Raffali

Ana Raffali

Altimet

Altimet

Lirik lagu ini banyak menyentuh pantang-larang ketika berpacaran berkisar daripada budaya masyarakat Melayu yang telah menjadi pegangan sejak turun-temurun. Lagu ini turut menambat hati pendengar dengan unsur agama yang turut diselitkan dalam lirik lagu ini.

Bermula daripada penghasilan sebuah single, Sohaimi Mior Hassan kini telah berjaya mengembangkan ideanya dengan menerbitkan sebuah album berjudul Kalau Berpacaran …The Album yang memuatkan lagu-lagu berkonsep nasihat yang turut menyelitkan unsur agama.

Album terbitan Tele-infra Teknologi Sdn Bhd edaran Warner Music ini turut dimuatkan dengan dua buah lagu klasik, “Epilog Cinta” yang turut dikenali sebagai “Epilog Cinta Dari Bromley”, dan “Ros” yang diinspirasikan daripada bakal isterinya, Ros, ketika itu, tapi telah diolah dan diberi nafas baru yang lebih santai. Sohaimi juga menyampaikan sebuah lagu yang berentak asli dalam lagu “Hikayat Negeri Antah Berantah”, membuktikan versatiliti dalam nyanyian beliau.

Lagu “Demokrasi” yang judul asalnya “Ini Bukan Demokrasi Kita”, juga telah ditukar susunan muziknya menjadi lebih bertenaga. Menerusi lagu “Seru” pula, Sohaimi telah berpadu suara dengan Mus, dari kumpulan May. Diselitkan juga di dalam album ini ialah “Kalau Berpacaran” (versi asal) di mana hanya melibatkan Sohaimi dan Altimet sahaja. Bagi yang suka menyanyi, album ini turut dimuatkan dengan lagu “Kalau Berpacaran” (versi minus 1).

Kalau Berpacaran …The Album kini boleh didapati dalam bentuk cakera padat yang dijual dengan harga RM27.90 seunit. Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

  1. Kalau Berpacaran (menampilkan Altimet dan Ana Raffali)
  2. Cinta Pertama
  3. Demokrasi
  4. Ramadhan
  5. Seru
  6. Epilog Cinta
  7. Ros
  8. Apabila Cinta Menjadi Nafsu
  9. Hikayat Negeri antah Berantah
  10. Surat Dari Seberang
  11. Kalau Berpacaran (Versi Asal)
  12. Cinta
  13. Kalau Berpacaran (Minus 1)

Bagi penggemar irama klasik yang telah menjadi kegilaan ramai ini, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Kalau Berpacaran” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*180865# dan tekan call/send, bagi Celcom Call Me Tones pula, tekan *118*85663# dan tekan call/send, bagi Digi Caller Tunes, tekan CT0089558 dan hantar ke 2000, manakala bagi U Mobile Colour Tones, sila tekan *118*5*2*231270# dan tekan call/send. Anda juga boleh layari laman web Nokia CWM di http://music.ovi.com/my untuk memuat turun lagu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Kisah Natrah di Astro Prima

Gossip Rumahtangga Zizan Nin & Fazilah Hani Ada Masalah