in

Juara Hits 1 Musim Ke 7 Akhir

DEBARAN SIAPAKAH JUARA HITS 1 AKHIR TANGGAL 28 FEBRUARI 2010

Penentuan siapakah yang bakal dinobatkan Juara Pertandingan Akhir Hits 1 musim ke tujuh bakal diketahui pada 28 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, jam 8.30 malam dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV2.

Masih mengekalkan khidmat juri profesional dalam menentukan lagu manakah yang layak diiktiraf sebagai juara, sepuluh buah lagu yang bakal dipertandingkan adalah Azharina (Rawan), Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Grey Sky Morning (Cinta Gila), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Stacy (Pakai Buang), 6ixth Sense (Khatimah Cinta), Ella (Puisi Hamba) dan Stacy & Adam (Menggegar Dunia).

ELLA

ADAM

FAIZAL TAHIR

Lagu-lagu tersenarai memperlihatkan ciptaan komposer-komposer dan penulis-penulis lirik terkenal tanah air mempertaruhkan karya mereka antaranya Azmeer dan Allahyarham Loloq (Cinta Adam & Hawa), Ajai dan Habsah Hassan (Tak Mungkin Kerana Sayang), Aubrey Suwito dan Tinta S (Rindu Terhenti), Hazami (Rawan), Azmeer dan Edry Abdul Halim (Pakai Buang dan Menggegar Dunia), Faizal Tahir dan Audi Mok (Bencinta), Amir (Puisi Hamba) dan juga lagu ciptaan sepenuhnya daripada ahli kumpulan masing-masing bagi lagu Cinta Gila oleh Grey Sky Morning dan Khatimah Cinta oleh 6ixth Sense.

Hits 1 nyata masih unggul bertahan dihati peminat muzik hingga ia terbukti kekal memeriahkan industri hiburan tanah air apabila kini telah bersiaran dimusim ke-7. Bermula pada tahun 2003, Hits 1 terus mendapat perhatian dan mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Masih mempertandingkankan klip video pada program mingguan, pencalonan yang diterima daripada artis-artis popular tanah air amat memberangsangkan pada setiap musim.

Buktinya dilihat pada senarai juara-juara hits 1 musim-musim lalu iaitu Misha Omar (Pulangkan) dimusim pertama, musim kedua Jaclyn Victor (Gemilang) musim seterusnya Yazer & Felix mewakili M.Nasir & Mawi (Lagu Jiwa Lagu Cinta), Adibah Noor (Terlalu Istimewa) pada musim keempat, Ramlah Ram (Ketentuan) di musim kelima dan musim lalu Meet Uncle Hussin (Lagu Untukmu) bergelar juara sekaligus menjulang trofi Juara Hits 1 untuk mengangkat martabat pelbagai genre muzik tanah air yang diwakili.

Menampilkan dua pengacara muda E’one dan Nabila Huda, rancangan mingguan Hits 1 musim ke tujuh mengambil pendekatan yang berbeza di setiap musim. Musim ini Hits 1 menjelajah siarannya ke beberapa tempat di seluruh negara bagi bertemu peminat-peminat dengan lebih dekat pada setiap hari Sabtu, jam 3.00 petang di TV2. Penjelajahan bermula di minggu pengenalan pada 4 April 2009, menyaksikan Hits 1 telah bersiaran langsung di Stesen Sentral Kuala Lumpur bersama artis jemputan Misha Omar dan Kumpulan 6ixth Sense.

Sambutan luar biasa daripada peminat Hits 1 telah membawa program ini bersiaran langsung ke destinasi lain antaranya Sunway Lagoon, Menara Kuala Lumpur, Plaza Alam Sentral, Pasar Seni, Dataran Teluk Kemang, Teluk Batik Perak, Terminal 1 Seremban, Dataran Pahlawan Melaka dan beberapa lagi tempat menarik di seluruh negara.

Konsep rancangan keseluruhan dikekalkan daripada Musim Pertama hingga kini dan hanya format carta diubah dari segi pengundian iaitu pengundi diberi tempoh mengundi yang lebih panjang (4 minggu) agar penonton berpeluang mengundi lebih ramai artis pujaan mereka dan menentukan siapakah yang benar-benar layak untuk ke peringkat akhir.

Jangan lupa untuk menyaksikan debaran acara gemilang Siaran Langsung Hits 1 Akhir terbitan Radio Televisyen Malaysia pada penghujung Februari ini.  Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan lokasi mingguan Hits 1, senarai artis-artis bertanding serta info carta, sila layari laman sesawang Hits 1 di www.hits1.com.my atau menghantar maklum balas di facebook Hits 1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Alibi Cosmic di Wisma Bentley Esok

Peraduan SMS the Golden 8 Mee Segera Mamee