in

Peraduan SMS the Golden 8 Mee Segera Mamee

Sabtu lalu, seperti mana Sabtu-Sabtu yang lepas jugak, jarang benar nak ada event. So, sepanjang hari memang ada masa kosong. Kadang-kadang boring jugak. Budiey pun tak tahu nak buat apa. Nak memblog pun dah kekeringan idea nak tulis pasal apa.

Mengadap komputer seharian kat rumah, sape tak boring. Orang kata, terperuk aje macam jeruk. Huhu… Jadi, Budiey pergilah jalan-jalan kat shopping mall. Shopping jelah apa yang patut.

Nak tahu benda yang Budiey beli?

Mana boleh letak senarai kat sini. Haha!

Tapi selalunya satu barang ni, Budiey takkan miss punya. Mesti beli setiap kali pergi shopping kat supermarket. Orang kata, satu kemestian. Teka apa dia…!

Yea ini barang yang Budiey rasa korang pun selalu beli.

Hehehe… its, MAMEE! yea, siapa yang kata tak pernah beli mee segera tu tipulah!

Patutlah Mamee dapat anugerah THE MOST VALUABLE BRAND 2007! Ramai peminat rupanya.

Mee segeralah yang paling senang nak buat masa kita lapar dan tak tahu nak makan apa. Yang penting, cepat disediakan.

Dalam pada tengok, mee segera mana yang nak dibeli tu, ternampak satu promo ni.. yea.. ia datangnya dari Mamee!

Mee Segera Mamee sedang mengadakan satu peraduan yang diberi nama The Golden 8 SMS Contest bermula 3 Januari hingga 31 Mac 2010. Haa… kira punya kira, ada 88 hari ada masa untuk join peraduan ni.

Menarik gak ni. Budiey pun bacalah lagi kertas brochure tu. Apa yang paling Budiey excited nak tahu ialah apa dia hadiah lumayan yang ditawarkan.

Untuk info pembaca semua, Golden 8 ni berkait rapat perkataan Cina yang bermaksud ‘Fortune’. Kira macam nasib atau ‘luck’ gak lah. Golden 8 ni kira fortune mengikut kepercayaan kaum Cina terutama masa perayaan Tahun Baru Cina.

Tengok pada angka pada hadiah yang ditawarkan pun dah tahu apa maksud GOLDEN 8 ni.

Semuanya melambangkan kepada kemewahan, kekayaan untuk tahun baru yang lebih GEMILANG!

Tengok pada hadiahnya pun, macam Budiey tengok pada MAMEE jugak. Terliur. Lecur air liur. Apa tak nya, hadiahnya sangat lumayan beb! Korang boleh menang jokong emas bernilai RM8,888 atau wang tunai bernilai RM888 atau RM1,888 dalam tempoh promosi selama 88 hari.

Setiap bulan, sebanyak 3 ketul jokong emas – 1 ketul setiap bulan (bernilai RM 8,888) akan diberikan kepada pemenang bertuah (siapalah yang bertuah agaknya yang dapat ni…). Nak jadi pemenang senang je, Budiey kasi tips bernas nih… korang kena hantar SMS paling banyak.

Minimum 1 SMS untuk menyertai peraduan ini.

Nombor SMS hanyalah dikira dalam bulan di mana anda hantar SMS tu. Kemudian, dia akan reset balik ke angka ZERO (0) untuk bulan seterusnya.

Jaminan Wang Tunai – Yea! Seramai penghantar yang ke 88 dalam hari itu akan menerima bonus prize berupa wang tunai bernilai RM888 atau RM1,888.

BAGAIMANA NAK MENYERTAI PERADUAN INI?

Apa yang penting ialah, korang kena beli pek Mamee Instant Noodle… atau dalam bahasa kitanya… Mee Segera Mamee. Sebab satu bundle pek Mamee boleh kasi kita 1 kod SMS. Manakala setiap pek Mamee Express Multipack memberikan kita 2 SMS kod.

Selepas mendapatkan kod SMS, kita hendaklah menghantar SMS dengan menggunakan kod yang diberikan. Excitednya bila setiap penghantar SMS paling banyak dalam satu bulan tu akan menang jokong emas bernilai RM 8,888!

Sekiranya lebih dari seorang peserta dalam tempoh tersebut mempunyai jumlah penyertaan yang sama, satu tie-breaker akan diberikan kepada pemenang bulanan bagi menentukan siapakah yang akan menang untuk hadiah utama ini.

Selain itu, setiap penghantar yang ke-88 akan menang hadiah bonus iaitu hari biasa sebanyak RM888 dan untuk hari Ahad sebanyak RM1,888.

Setiap pemenang harian dan bulanan akan disiarkan dalam laman web www.mamee.com dan pemenang akan diberitahu juga melalui telefon.

Kalau nak tahu, laman web ni akan dkemaskini setiap hari sebelum jam 12 tengahari

Pemenang perlu untuk menuntut hadiah mereka dalam tempoh 3 bulan dari hari pemberitahuan yang akan diberitahu kelak oleh penganjur.

Misal kata, takde pemenang dalam sehari tu, camna pulak? Haa… kalau takde pemenang, wang tunai untuk hari itu akan dibawa kepada hari esoknya. Misalnya, kalau takde pemenang atau takde sesiapa pun yang hantar SMS yang ke-88 pada 7 Januari 2010, makan pemenang pada hari esoknya iaitu 8 Januari 2010 akan mendapat RM1,776.

Setiap SMS katanya dicaj sebanyak RM0.30 aje. Tak banyak!

Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan pek Mamee anda sekarang! Selain dapat isi perut, kita dapat jadi kaya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Hits 1 Musim Ke 7 Akhir

Gambar Halim Othman di Sidang Media Penyampai Suria FM