Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jom Sertai Pelbagai Aktiviti dan Bengkel Kecantikan di AsterSpring



Sebelum ini, para pembaca dah dibawa untuk ‘melawat’ ke spa AsterSpring. Budiey terima banyak sekali feedback yang positif dan ramai sekali pembaca yang teruja untuk merasai rawatan kecantikan kat AsterSpring.

Untuk kali ini, Budiey nak terangkan pula tentang aktiviti dan juga bengkel yang dijalankan di AsterSpring. Selain daripada kelas Yoga, senaman, tarian, kat AsterSpring ada juga menyediakan bengkel kecantikan dan bengkel cara pemakanan yang betul. Inilah masanya untuk anda menyertainya dan belajar daripada guru terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang kecantikan.

Suasana kelas yang begitu praktikal dan ianya mudah dipelajari

Dengan tempat yang begitu selesa, anda akan diberikan tunjuk ajar dari A-Z untuk menata rias dan menyolek wajah secantik dan seanggun selebriti. Memang murah dan berpatutan bayarannya. Juga, inilah masanya untuk belajar, mana tahu anda ada bakat untuk buat perkhidmatan solekan untuk perkahwinan?

Budiey BlogAntara bengkel kecantikan yang disediakan ialah:
Tatarias wajah ‘Innovative’ (kelas permulaan) @ RM 188
(Percuma kelas pertengahan – Colours Coordination)
Latihan Praktikal
Dapatkan produk kosmetik Averine bernilai RM 482
1 unit gincu bibir Natural @ RM 75
1 unit set pembayang mata @ RM 179
1 unit bedak asas @ RM 228

Tatarias wajah ‘Innovative’ (kelas permulaan) @ RM 88
Latihan Praktikal
Dapatkan produk kosmetik Averine bernilai RM 146
1 unit pelembab bibir hologram @ RM 68
1 unit gincu bibir natural  @ RM 75 atau
1 unit solekan mata dari rangkaian mineral @ RM 78

Tatarias wajah ‘Colours Coordination’ (kelas pertengahan) @ RM 88
Latihan Praktikal
Dapatkan produk kosmetik Averine bernilai RM 156
1 unit pemerah pipi dari rangkaian mineral @ RM 108
1 unit pensil mata  @ RM 48 

Tatarias wajah ‘Radiance Experience’ (lanjutan) @ RM 138
Latihan Praktikal
Dapatkan produk kosmetik Averine bernilai RM 326
1 unit set berus mekap Averine @ RM 200
1 unit maskara  @ RM 78
1 unit primer @ RM 48

Faedah yang akan anda perolehi:

  1. Baucer AsterSpring bernilai RM20 yang boleh ditebus untuk pemerah pipi Averine atau penyamar noda wajah
  2. Sijil kedatangan
  3. Diskaun 50% untuk set solekan mata atau set gincu 5 warna Averine. (harga pasaran RM 179)

Ini dia gambar suasana bengkel. Ianya begitu selesa dan anda boleh pelajari cara-cara untuk menata rias dan menyolek wajah secantik selebriti. 

Antara barangan Averine yang terdapat di AsterSpring: 

 

Ke Arah Pemakanan Yang Sihat @ RM30.00

Pelajari pelbagai cara menyediakan makanan yang berkhasiat serta bertenaga dalam masa yang singkat menerusi bengkel pemakanan yang sihat. Harga penyertaan kursus ini termasuk untuk berikut:

Bahan-bahan untuk penyediaan makanan
Baucar RM10 untuk produk atau servis
1 paket makanan kesihatan Bioxil Innertreats
1 Set makanan yang disediakan

Faedah yang akan anda perolehi:

Diskaun 20% untuk setiap produk makanan untuk kesihatan atau detoksifikasi.

Panduan Hidup Sihat @ Masuk Percuma

Rehatkan badan anda!

Budiey BlogDapatkan khidmat nasihat serta tip bagaimana menjaga kesihatan anda agar badan anda sentiasa kelihatan muda, segar dan bertenaga dari pakar perunding kami.

Sertai kami dan anda berpeluang mencuba mana-mana rawatan badan yang sedia ada secara percuma.

Perkhidmatan ini boleh didapati di cawangan AsterSpring terpilih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +603 7809 6666 (Isnin – Jumaat dari 9.00 pagi – 6.00 petang)

MENANGI BAUCAR HEALTHY SKIN TREATMENT + FACE MAPPING (Rawatan muka percuma)

Kepada pembaca, Budiey ingin menghadiahkan 50 keping baucar tersebut di atas kepada korang untuk minggu ini!

Soalannya: Apakah jenama mekap yang terdapat di AsterSpring?

Sertakan juga maklumat peribadi:

  • Nama:
  • Alamat tempat tinggal:
  • Email:
  • Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
25 April 2009

Tajuk Email: Ingin Menang Baucer Rawatan Wajah di AsterSpring

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie
  • Gambar Sekitar Bengkel Kecantikan Bersama Irma Hasmie
  • Jemputan: Sessi Pengenalan di AsterSpring Pavilion
  • Open Day AsterSpring Khusus Untuk Pembaca Sensasi Selebriti
  • CARA BERKESAN MENGANJAL DAN TON BADAN
  • Bengkel Solekan & Andaman di Akademi RedGlow
  • Peraduan Menangi Terapi Kesihatan Tubuh AsterSpring
  • Mengenang Tokon Negarawan Tun Abdul Razak
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Body Contouring Treatments AsterSpring



  • 2 Komen untuk entri “Jom Sertai Pelbagai Aktiviti dan Bengkel Kecantikan di AsterSpring”

    1. T Pah kata:

      Hi Budiey.
      Kalau dapat baucer dari JB nak ke KL ke? Kos tambang melebihi voucher tu kot?

    2. Nina kata:

      Kan ada outlet kat JB. x payah turun KL

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK