in

JoHaRa Pagi ERA Mahu Jelajah Satu Malaysia

Jajahan JoHaRa Bakal Temui Peminat! Saksikan Celoteh Johan, Haniff & Ray (JoHaRa Pagi ERA) Dan Persembahan Drama Band, Azhael, Awi Rafael dan LawaNieGeng di Seremban Mall Sabtu Ini!

Apabila segmen ini ke udara setiap pagi, pastinya akan membuatkan hari-hari kita menjadi lebih ceria dengan lawak yang disajikan! JoHaRa Pagi ERA, masih memegang takhta sebagai Program Sarapan di Malaysia yang meraih 2.7 juta pendengar dalam masa seminggu.

Mula beroperasi pada tahun 2012 sehingga kini, Johan, Haniff dan Ray tidak pernah jemu untuk bersama-sama menghidangkan menu-menu menarik berbentuk segala jenis hiburan berunsurkan lawak, informasi terkini dan skesta radio yang sentiasa mencuit hati pendengar!

JoHaRa Pagi ERA Mahu Jelajah Satu Malaysia

Rancangan Sarapan Pagi, JoHaRa Pagi ERA juga pernah dinobatkan beberapa anugerah di Malaysia seperti memenangi Anugerah Program Radio MeleTOP di Anugerah ERA untuk tiga tahun berturut-turut (2013-2015), Seg Segmen Radio Paling Digemari di Shout Award! Pada tahun 2013, turut meraih anugerah Segmen Radio Paling Popular di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2013 dan 2015. Selain itu, penyampai ERA fm Johan juga pernah dianugerahkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular untuk anugerah-anugerah seperti Anugerah Bintang Popular (2013 & 2014), dan Penyampai Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA pada tahun 2015.

Jika tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA pernah bersama-sama rakyat Malaysia dalam acara Senamrobik Merdeka JoHaRa sempena sambutan hari Kemerdekaan negara yang turut dihadiri oleh Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin bertempat di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kemeriahan dapat disaksikan apabila rakyat Malaysia dan artis-artis tanahair turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama Johan, Haniff dan Ray. Dalam tahun yang sama, JoHaRa Pagi ERA bukan sahaja melaksanakan tugas mereka di konti untuk menghiburkan pendengar, malah mereka pernah meraikan seorang pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013, Nur Baitina binti Mohd Hassan yang telah mendapat keputusan cemerlang 10A tahun lalu, di mana adik Nur Baitina merupakan anak kelima dari enam adik-beradik yang telah membuktikan kesusahan hidupnya bukanlah penghalang bagi mencapai impian dan mengejar kejayaan dalam hidup.

Sempena Merdeka tahun ini, sebagai tanda penghargaan JoHaRa Pagi ERA kepada semua peminat setia mereka dan inisiatif pihak ERA fm sendiri, JoHaRa Pagi ERA bakal jelajah satu Malaysia! Jika peminat kebiasaanya mendengar celoteh mereka di corong radio, Sabtu ini, 29 Ogos 2015, pengemudi JoHaRa Pagi ERA, Johan, Haniff dan Ray turun padang untuk bertemu para pendengar bertempat di Seremban Prima Mall, Negeri Sembilan jam 3 petang hingga 6 petang secara langsung! Lokasi pertama jajahan mereka ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis seperti Drama Band, Azhael, Awi Rafael dan LawaNieGeng.

Para pendengar boleh juga nantikan kemuncalan acara #JajahanJoHaRaKFC di lokasi-lokasi seterusnya:

Krian Mall, Perak

5/9/2015, Sabtu jam 3- 6 petang

KSL City Mall, Johor Bahru

12 /9/2015, Sabtu jam 3 – 6 petang

AEON AU2 Setiawangsa

16/9/2014, Rabu jam 3- 6 petang

Jangan lupa temujanji anda bersama Jajahan JoHaRa Sabtu ini! Anda bukan sekadar berpeluang melihat telatah JoHaRa Pagi ERA secara langsung, malah anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari pihak ERA fm dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan!

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Kes Khalwat Putri Mardiana Kena Waran Tangkap

Pelancaran Samsung Galaxy Note5 & Samsung Galaxy S6 edge+ di Malaysia