in

Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran

Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran – (30 Episod) Isnin-Ahad, jam 6.00ptg, mulai 11 Ogos

Tidak lengkap rasanya Ramadan tanpa program Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan pperistiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.

Istimewa untuk musim ke-16, Jejak Rasul melangkah setapak lagi dengan menampilkan sedikit kelainan melalui paparan “Trilogi Suara Kebenaran” yang menampilkan kisah-kisah srikandi, Jihad, Yahudi & Bani Israel di dalam sejarah Islam.

Siri 30 episod ini akan membawakan kisah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah disokong dengan fakta dan kajian ilmiah disampaikan oleh pengacara berwibawa, Hajjah Ezzah Aziz Fawzy (srikandi) serta Mohd Sidek Majin (jihad) dan Mohd Fasil Mohd Idris (Yahudi & Bani Israel), bertindak sebagai pengantara mengendalikan 3 segmen berlainan merangkumi 10 episod setiap satu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sheila Rusly, Roy Azman dalam Masam Manis Ramadan

Amber Chia Lancar Amber Chia Academy