in

Sheila Rusly, Roy Azman dalam Masam Manis Ramadan

Masam Manis Ramadan – (16 Episod) Setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30petang, mulai 16 Ogos

Siapa sangka panas hingga ke petang…Kehidupan rumahtangga yang bertahun dibina dengan harmoni bertukar menjadi porak-peranda apabila suami sendiri meminta cerai.

Walaupun perit, Suraya terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak yang menjadi pendorong utama dengan berkerja sebagai pembantu dapur. Tanpa disangka, bakat memasak yang selama ini terpendam kini menjadi sumber punca pendapatannya apabila ramai yang mula menggemari hasil masakannya yang sangat enak.

Saksikan kisah suka-duka Suraya, wanita yang bersemangat cekal mengharungi apa jua cabaran kehidupan bersama anak-anaknya.

Pelakon: Sheila Rusly, Roy Azman, Finie Don, Naim Daniel, Chef Zam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syadhia Hos Haiwan Teladan 3

Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran