Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5

Usaha tangga kejayaan. Setiap kejayaan bermula dari bawah. Begitulah yang Budiey perhatikan dari hari ke hari, selebriti yang lahir dari program TV ini semakin meraih kejayaan. Syukur, itulah rezeki.

Hari tu, Budiey dengar IZ jadi duta IKON eksklusif bagi Kempen Kesedaran & Keselamatan Internet. Dan hari ini, Budiey pat perkhabaran terbaru pasal IZ OIAM2 nih.

Rezeki IZ OIAM2 nampaknya semakin murah sejak kebelakangan ini kerana pada minggu lepas, IZ dengan secara rasminya telah menandatangani kontrak perjanjian untuk menjadi duta terbaru jenama berprestij, TOSHIBA. Wow~! Tahniah IZ. Agak-agak berapa ek IZ dapat? Tapi yang sahnya, mesti IZ dapat notebook free untuk dicuba.

Budiey kira, Toshiba pun best~! Tapi selama jadi blogger, Budiey tak pernah dijemput untuk ke event Toshiba, jadi susah nak cakap sebab tak cuba lagi produk Toshiba ni macamana. Mungkin nanti, boleh tanya IZ, apa istimewanya notebook Toshiba ni.

Sekaligus, Budiey dapat tahu, IZ akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti mempromosikan TOSHIBA PORTÉGÉ M900 iaitu sebuah ‘notebook’ mesra alam keluaran terbaru dari TOSHIBA. Sebagai duta, pastinya IZ akan cuba notebook ni kan? Amacam, mesti best~!

Pelantikan IZ sebagai duta terbaru dan jurucakap jenama terkenal itu akan merangkumi pelbagai aspek promosi produk-produk I.T. lain keluaran jenama tersebut sepanjang kempen ‘TOSHIBA Celebrity Friend’ yang telah dipersetujui dan ditandatangani IZ baru-baru ini. IZ berharap penglibatannya di dalam kempen ini dapat menyumbang kearah kesedaran sivik dikalangan generasi masa kini tentang penggunaan barangan elektrik yang mesra alam dan tidak mencemarkan.

IZ dan H5

Selain menjadi duta terbaru TOSHIBA, IZ juga berasa amat bertuah apabila dipilih oleh pemilik butik eksklusif H5, En. Tong Chee Wei yang terletak di Bangsar Village II untuk menyarung jam tangan jenama NOOKA dari New York yang berkonsepkan ‘Pop Art’ dan banyak dipakai oleh selebriti-selebriti luar negara seperti Busta Rhymes, Kanye West, Erykah Badu, Boyz II Men & banyak lagi.

Jam tangan Nooka ni nampak fancy. Budiey nak cuba try satu, leh?

Jenama ini juga semakin mendapat sambutan peminat-peminat ‘Pop Art’ di Malaysia yang sukakan rekabentuk-rekabentuk eksklusif, dengan warna-warna berani dan funky. Unik kan?

Berminat nak memilikinya? Dapatkan di pasaran sekarang? Butiknya ada di Bangsar Village 2.

VIDEO KLIP BERSAMA TOGETHER FEATURING NORA DANISH

Baru-baru ini, IZ sempat menyelesaikan proses rakaman Video Muzik terbaru bagi lagunya BERSAMA TOGETHER Feat. Nora Danish walaupun sibuk dengan kerja-kerja rakaman album terbaru & tugas beliau sebagai IKON eksklusif bagi Kempen Kesedaran & Keselamatan Internet anjuran bersama pihak Cybersecurity Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Malaysia (MOSTI)

Khas untuk para pembaca Budiey.com di luar sana, Budiey ada sertakan gambar-gambar eksklusif di sebalik tabir rakaman video muzik terbaru dari IZ OIAM2 yang menampilkan finalis Akademi Fantasia, Anding (Drama bersiri Ghost di 8TV) dan finalis rancangan realiti One In A Million 2, Tunku Tiara (Drama bersiri ASTRO: Gadis Cuci). Nantikan preview eksklusif video BERSAMA TOGETHER Feat. Nora Danish hanya di Budiey.com tidak lama lagi.

Rakan pembaca sekalian boleh add IZ di Facebook. Sila klik di SINI.

p/s: Masa sibuk mengambil gambar di Rumah Terbuka Media Prima semalam, Budiey ada meminta untuk mengambil gambar seorang pelakon popular ini.  Selebeiti ni kurang mesra dengan Budiey dari dulu lagi. Sebab dia tak kenal dengan Budiey. Masa tu, disebabkan angin ribut yang sangat kuat, menyebabkan rambut cantiknya mengurai hingga menutupi pipi gebunya. Tapi Budiey sangat terasa sangat berkecil hati apabila pelakon ini ternyata tidak menolak dengan cara yang baik malah telah menolaknya dengan berkata… “Angin kuat… Awak tak faham ke?… bla, bla, bla…

Kawan Budiey pun mencelah, kalau nak menolak tu, kasi la ayat yang tak buat orang sakit hati. Ayat yang mungkin sopan: Maaf ye, tuan fotografer. Angin kuar sangat. Boleh tak kita ambil gambar lain kali atau kita boleh pergi ambil di tempat yang takde angin.

Huhu, bagi Budiey itu lumrah biasa apabila artis dah tak selesa untuk diambil gambar. Tambah lagi dengan flash yang kuat sangat hingga buat mata dia sakit. Tapi dia harus ingat fotografer picisan yang low profile ni pun ada hati gak. Bukan nak sangat ambik gambar artis ni tapi kalau boss Budiey minta, nak bagi gambar sape?. :(

Artis low profile macam dia berhak untuk meminta sedikit privasi untuk tidak diambil gambar. Jual mahal itu bagus untuk menaikkan sahamnya.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • IZ OIAM Menang Best Dressed Pilihan SMS Peminat ABP2008
  • Biodata Kamal Adli Hos Model Pelakon
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Maya Karin Jadi Duta Produk Minuman Bertenaga
  • Gambar Kakak Liyana Jasmay
  • Penyanyi dan Pelakon Hong Kong Gillian Chung Datang Ke Malaysia
  • Afdlin Shauki Duta Jenama Fisherman’s Friend Yang Baru
  • Gambar Sheikh Muszaphar Shukor dan Tunang di Majlis Hari Jadi Siti ke 31
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH



  • 3 Komen untuk entri “IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5”

    1. Mus kata:

      bertuahnya IZ..

    2. naz kata:

      adeh, takbleyh ah tgk die ni.mcm ghey.

    3. Dior kata:

      cantik jam nih. weird,but i like it.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza