in

Gambar Terbaru Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2009

Meriah dan 1Malaysia! Itulah yang boleh Budiey gambarkan kepada pembaca budiman semua. Satu lagi nak tambah, padat dengan selebriti! Dari selebriti sukan, politik, bisnes hinggalah selebriti dunia hiburan… ada berhimpun meraikan festival, membina ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim. Malah, Budiey boleh katakan, Rumah Terbuka Media Prima kali ini lebih meriah daripada tahun lalu. Apatah lagi, hari ini sambutannya berganda: Aidilfitri + Deepavali.

Siang tadi jam 3 petang, perkarangan Sri Pentas TV3, Pesiaran Bandar Utama, Petaling Jaya agak sesak dibanjiri masyarakat pelbagai kaum dengan kemeriahan 1Malaysia. Macam-macam juadah dihidangkan untuk semua tetamu, siap ada Anugerah Gerai Terbaik yang disertai oleh semua jabatan Media Prima.

4025296729 1E2B0B3607 O | 3

Antara tetamu VVIP yang turut hadir pada petang tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid. Penyanyi popular ini juga sempat menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu raya yang mana Budiey dah rakam. Tinggal nak upload aje lagi ni.

Memang lawa jugak baju kurung yang dipakai Siti. Berkonsepkan flora-flora cinta berlatar warna putih yang meriah dengan warna merah dan ungu terang merona. Walaupun ringkas, busana ini memang sesuai dengan suasana yang ceria lagi meriah.

4026048678 7Dbddb20D3 O | 4

4025296585 0201942E1B O | 5

Sebagaimana yang pernah Budiey khabarkan, Dato’ Siti Nurhaliza akan mengadakan Konsert SERIBU WARNA di Shah Alam pada 14 Nov 2009 di Stadium Melawati Shah Alam. Khabarnya, Budiey dapat tahu hanya 4 ribu tiket sahaja akan dijual. Mmm… macam sikit aje kan? Tapi harapan Siti Nurhaliza agar semua yang datang nanti berpuas hati.

Ini gambar Dato’ Siti Nurhaliza berada di pentas bersama dengan pengacara TV3.

4025297339 F9De3177Dc O | 6

4026049536 2648C9A8Ae O | 7

4025298757 B8D433Ca9B O | 8

4025298877 D4Cac20Ed1 O | 9

4026050412 8A73B433E4 O | 10

4026050696 893192A49D O | 11

4026051890 Ba1E9D913B O | 12

Kemudian, Budiey ikut Siti Nurhaliza ke belakang pentas untuk ditemubual oleh NTV7 dan TV9. 

4025299697 8149970B97 O | 13

Kat sini pun, dah ramai peminat datang mengerumuni Siti untuk bergambar. Masa Siti berjalan untuk ke tempat wartawan TV9, Siti bertembung dengan grup nasyid Rabbani.

4025300241 De9C96Fe88 O | 14

4025300067 1A09165034 O | 15 

4025300447 B31Eee2E19 O | 16

4026053314 1F55Df6C62 O | 17

Mesti diorang ni tanya pasal Konsert… mmm… tunggu jelah, pengumuman rasmi Siti di sidang media Konsert SERIBU WARNA pada hari Rabu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sasha Bashir dan Yani Hijjas Berkahwin

IZ OIAM2 Duta Produk Toshiba dan Jam Tangan Nooka H5