in ,

Hari Susu Sedunia 2010 Meriah & Happening

Meriah dan happening! Itu yang Budiey boleh katakan semasa bersama pembaca & orang ramai yang berbilang kaum di Hari Susu Sedunia yang diadakan di Pavilion KL, Bukit Bintang jam 10 pagi pada 30 Mei lalu.

Event yang berjaya mengumpulkan lebih 3.200 ribu orang ini (lebih daripada sasaran pihak penganjur iaitu 2,500 orang) dan Budiey ingin ucapkan tahniah kepada penganjur, semua krew dan sponsor yang bekerja keras untuk menjayakan event minum susu secara beramai-ramai pernah diadakan!

Setidaknya, event ini telah mencatat satu sejarah di mana satu rekod baru dalam Malaysia Book of Records! Syabas kepada penganjur iaitu Dutch Lady atas kejayaan menganjurkan event ini!

Event bermula pada jam 9.45 pagi dengan kehadiran tetamu dan media.

Konvoi Dutch Lady Milk dilancarkan untuk mengedarkan 250,000 kotak susu edisi terhad merentasi negara. Bintang selebriti terkenal, pasukan berseragam dan kelab kereta, Hari Susu Sedunia 2010 telah dimeriahkan lagi dengan pencapaian ini.

Yea, my lucky number!

Hos event ini – Sharizan! Mengendalikan event terbesar ini dengan jayanya!

Budiey difahamkan event terBESAR ini adalah antara komitmen Dutch Lady yang ingin memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya susu untuk kesihatan kita. Dengarnya, kempen Spread The Goodness of Milk ini telah memberikan kesan & satu kesedaran kepada rakyat untuk minum susu setiap hari untuk kekuatan daya tahan badan dan tulang yang sihat. Bila bada sihat, otak pun cergas dan bila otak cergas, kita dapat bekerja dengan lancar dan sukses! Betul tak?

Antara selebriti pertama yang Budiey temui ialah… AMBER CHIA!

Gaya model yang sihat & sentiasa segar walaupun sedang hamil

Amber Chia yang hadir dengan berpakaian kasual serba putih. Wah perutnya dah makin membesar. Tak sabar nak tengok baby Amber. Mesti la comel!

SUSU UNTUK SEMUA … Personaliti Amber Chia (kanan) membantu mengagih-agihkan sebahagian daripada susu kotak secara percuma sumbangan Dutch Lady Milk Industries Berhad kepada orang ramai. Sejumlah 250,000 kotak susu akan diberikan secara percuma selama dua hari bermula esok di plaza tol terpilih.

Pada pagi tadi, Budiey menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat telah membanjiri perkarangan Pavilion KL dan memberi sokongan padu mereka dengan meminum susu pada masa yang sama.

Sewaktu wakil-wakil dari Malaysia Book of Records (MBR) mula membuat pengiraan, pengunjung-pengunjung telah menunggu dengan penuh debaran sebelum keputusan diumumkan.

Selain Dayana Idola Kecil, penyanyi unik dengan persembahan yang bertenaga, Reshmonu juga turut mempersembahkan lagunya.

Masa percubaan rekod ini, Budiey dapat dengar kesemua yang datang bersorak. Apa taknya, paparan rekod bersejarah ini disiarkan secara langsung di kaca TV di seluruh pelusuk negara.

Budiey dikhabarkan, kempen ini disokong dan dibantu oleh Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kelab kereta – Honda, Peugeot dan Perdana V6 Malaysia serta pasukan aktivis AMP Radio Network dan Media Prima Berhad.

Para pengunjung nampak berpusu-pusu sanggup beratur dan berpanas di depan khemah yang disediakan. Perkarangan Pavilion KL agak penuh sesak dan mereka ternyata terhibur dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik.

Apatah lagi, ada selebriti yang hadir. Kat sana tadi, Budiey ada bersua dengan Amber Chia, Reshmonu, Sasha Bashir, Najwa, Shahrizan Borham dan Alif Satar.

Semua kutipan derma hasil jualan produk Dutch Lady akan disalurkan kepada Yayasan Nur Salam bagi membantu membiayai perbelanjaan pentadbiran harian bagi program sukarelawan mereka.

Setiap yang hadir, Dutch Lady Malaysia telah diberikan susu UHT percuma dalam dua perisa iaitu coklat dan rendah lemak! Budiey suka minum perisa rendah lemak. Lebih kurang lebih 250,000 pek susu UHT Edisi Terhad World Milk Day telah dihadiahkan secara PERCUMA kepada semua!

Pendekata, sepanjang hari tu, semua yang hadir memang boleh menikmati susu secara percuma! Siapa yang tak join, pasti rasa rugi!

Pada jam 11 pagi, pengasas dan Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi telah menganugerahkan sijil MBR kepada Pengerusi Dutch Lady Milk Industries Berhad, Dato’ Zainal Abidin bin Putih dan Bas van den berg, Pengarah Urusan Syarikat jenama tenusu yang terunggul itu.

Budiey suka memetik kata-kata ucapan van den Berg selepas pengumuman bersejarah ini:

“Hari Susu Sedunia merupakan salah satu cara menyebarkan mesej di samping berkomunikasi dengan pengguna dengan lebih seronok dan mudah. Kami ingin menarik perhatian warga Malaysia serta meningkatkan tahap kesedaran tentang kebaikan susu dengan sambutan sedunia ini”

Pelancaran konvoi yang dilepaskan di Jalan Bukit Bintang

Sempena dengan World Milk Day ini, Budiey juga turut mengadakan gathering bersama pembaca. Sekali sekala, inilah masanya untuk kami minum susu beramai-ramai.

Seramai 20 orang pembaca budiey.com yang pertama hadir dengan memakai baju-T Eksklusif Sensasi Selebriti sempena Ulangtahun ke-3 Budiey.com juga telah menerima goodie bag istimewa dari Budiey. Kat sini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang turut hadir.

Semuanya kelihatan happy, nampak ceria & sihat dengan khasiat susu yang telah diberikan percuma untuk semua pengunjung.

Selain dapat berhibur dengan kehadiran ramai selebriti ternama iaitu Amber Chia, Shakila, Dayana, Sharizan Borhan, Reshmonu, Alif Satar, Najwa dan Khoo Cai Lin, semua yang hadir juga dapat berkenalan antara satu sama lain.

Hos atau pengacara event terbesar ini – Shahrizan telah membuka ucapan ringkas pada jam 10.15 pagi.

Kekal slim langsing dengan khasiat susu.

Diteruskan dengan ucapan oleh Bas Van Den Berg, Pengarah Urusan , Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Jam 11 pagi, event diteruskan dengan mengumpulkan seramai 2,000 orang untuk mengira jumlah yang minum susu untuk mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records. Countdown dibuat dengan menggunakan drum!

Jam 11.30 pagi, satu pengumuman dibuat oleh pihak Record Achieved. Yeay! Satu kejayaan telah tercipta! Tahniah Malaysia!

Jam 12 tengahari, pusingan pertama bermula untuk semua yang hadir menyertai pelbagai aktiviti dan minum susu beramai-ramai. Sebanyak 500 pek susu diedarkan secara percuma!

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) Bas van den Berg (dua, kiri), Pengerusi Dutch Lady Datuk Zainal Abidin Putih (tiga, kanan) dan Pengasas yang juga Pengarah Urusan Malaysia Book Of Records Datuk Danny Ooi (dua, kanan) turut bersama dengan 3,200 peserta untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Record bagi Acara Minum Susu Terbesar pada majlis perlancaran Hari Susu Sedunia 2010 di Perkarangan Pavilion di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, korang juga boleh mengambil bahagian dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh Dutch Lady iaitu Peraduan Dutch Lady Sebarkan Kebaikan Susu yang bermula pada 8 Mei hingga 2 Julai 2010.

Apa tunggu lagi, Budiey rasa korang patut sertai peraduan ini sebab hadiahnya sangatlah lumayan iaitu:

Hadiah Utama: Rumah dan pakej hiasan dalam bernilai RM75,000.

Hadiah Pertama: Sebuah kereta CRV bernilai RM149,980 X 1

Hadiah Kedua: Sebuah Perodua Alza bernilai RM63,990 X1

Hadiah Ketiga: Sistem Teater Rumah Bernilai RM5,000 X 3

Sangat mudah untuk sertai peraduan ini. Anda hanya perlu mengira jumlah pek susu mengikut jenis serta menjawab 2 soalan. Itu sahaja.

Mana tahu, hadiah ini akan jadi milik korang!

Untuk info lanjut, sila layar:
http://www.dutchlady.com.my

Akhir sekali, terima kasih kepada Dutch Lady sebab sudi menjemput kami!

Tahniah atas kejayaan event ini!

Kepada pembaca yang tak sempat nak datang, Budiey lampirkan beberapa gambar yang sempat Budiey ambil semasa sambutan World Milk Day.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Arjuna Uji Kemampuan Nora Danish, Remy Ishak

Karnival Jom Santai Ke Perlis