Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip Pengarah Lalok Sakit Mental



SOSEH SOSEH: Pengarah lalok sakit mental

RAMAI yang tertanya-tanya kenapa pelakon dan pengarah muda berbakat besar ini tidak hadir pada majlis pelancaran drama arahannya baru-baru ini. Bagi mendapatkan kepastian perkara itu, rakan SS sempat bertanya kepada penerbit drama itu sendiri kenapa majlis pelancaran berkenaan tidak dihadiri pengarah muda itu.

Pada mulanya, memang penerbit itu enggan bercerita kepada rakan SS kerana dia tidak ingin membuka aib anak didiknya sendiri. Namun, selepas rakan SS mendesaknya, akhirnya dia bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar yang berlaku.

Menurut penerbit itu, pengarah muda itu hanya sempat mengarah drama berkenaan separuh jalan saja, gara-gara penyakit mental yang dihidapinya. Penyakit mental itu dikenali sebagai ‘bipolar disoder.’ yang dipercayai penyakit keturunan dalam keluarganya.

Bagaimanapun, penyakit mental dideritai pengarah muda itu bertambah teruk kerana dia turut terjebak dengan najis dadah yang sudah bertahun-tahun menjadi darah dagingnya. Sebutlah apa jenis dadah, ganja dan dalam bentuk pilpun semua ‘dilahapnya.’

Pada mulanya, penerbit itu tidak percaya pengarah muda itu terbabit dengan gejala najis dadah sehinggalah dia menangis ketika di lokasi penggambaran drama terbitannya dan seterusnya mengaku dia terjebak dengan gejala berkenaan. Menurut rakan serumahnya, pengarah muda itu juga sering cakap merepek seperti terpengaruh dengan ajaran sesat pula sekarang.

Bagi menyelamatkannya dari terus hanyut di buai dadah, penerbit drama itu terus memberitahu keluarga pengarah muda itu dan dia juga terus dimasukkan ke hospital untuk dirawat. Doktor juga memberitahu penyakit mental yang dihidapi pengarah muda itu perlu dirawat dengan lebih lanjut tetapi sayangnya keluarganya pula tidak percaya dan sebaliknya mereka menuduh penerbit itu pula ingin merosakkan masa depan karier seni anaknya pula. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Pasangan Artis Lalok
  • Gambar Tattoo Lengan Que Haidar
  • Gosip Mawi Lalok Ketagih Dadah di Australia
  • QUE HAIDAR MABUK?
  • Gossip Artis Buat-Buat Sakit Di Lokasi
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Latifah Omar Sakit Dalam Perut
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK