Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gosip Pelakon Drama Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih

Dengarnya… Kalau sudah cinta, kahwin saja…
Dipetik dari ruangan Gosip Cik Normah (Berita Harian)

KALAU betul bercinta, tak payahlah sibuk nak berdolak- dalik lagi. Dulu orang simpati kepada seorang artis ini gara-gara suaminya yang sanggup tinggalkan dia dan anak-anak semata-mata untuk bersama dengan wanita lain. Tapi sejak artis wanita itu dikaitkan dengan seorang lelaki, simpati orang ramai padanya semakin pudar.

Cik Normah dapat tahu sejak berkawan dengan lelaki itu, artis yang tidak kurang cantiknya itu semakin liar dan kononnya pernah diberkas polis ketika sedang berhibur di sebuah disko dalam keadaan mabuk. Dulu pernah juga kecoh yang pasangan ini pergi bercuti berdua-duaan saja. Ingatkan apabila orang dah terhidu, pasangan ini akan lebih berhati-hati. Tetapi tidak rupa-rupanya.

Terbaru Cik Normah dapat maklumat dua ‘sahabat baik’ ini khabarnya bercuti pula ke sebuah lagi negara jiran. Tak tahu pula Cik Normah kalau-kalau ada penggambaran drama di sana atau mereka sendiri yang bikin drama. Atau mungkin mereka ke sana untuk membeli persiapan perkahwinan, maklum sajalah di sana banyak kain renda yang cantik dan murah.  

Cuma apa yang tak sedapnya, artis wanita itu sanggup tinggalkan anaknya hanya kerana nak pergi bercuti dengan lelaki itu. Tak tahulah pula sama ada anaknya diletakkan di bawa jagaan ibunya atau mungkin bekas suaminya. Cik Normah tak kisah kalau mereka pergi beramai-ramai, ini pergi berdua pelbagai syak wasangka boleh timbul.

Cik Normah tak mahu menuduh apa yang pasangan itu buat di sana, tetapi sumber maklumat Cik Normah yang geram sangat melihat pasangan ini di lapangan terbang berdua, sedang bersiap sedia untuk berlepas minta Cik Normah tegur sikit pasangan kekasih ini.

Katanya kalau sudah berdua, macam-macam benda yang tak baik boleh berlaku. Dia sebenarnya simpati dengan artis itu yang semakin hanyut sejak rumah tangganya dilanda badai. Cuma nak ingatkan sampai bila dia akan terselamat. Kalau betul dia ada buat benda yang tak baik, lambat-laun Tuhan akan tunjukkan juga satu hari nanti.

Kalau betul-betul sudah suka sama suka, janganlah fikir panjang lagi. Ambil saja jalan terbaik iaitu menamatkan perhubungan itu dengan ikatan yang sah dan suci. Janganlah terlalu leka hingga diri mereka sering jadi bahan fitnah. Ingat-ingatlah sikit pada nama baik keluarga dan anak-anak.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Pelakon Lelaki Dibela Sering Bertukar Mak Ayam
  • Gambar Terbaru Fara Fauzana Sedang Bercuti
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Gambar Aziz M Osman & Pelakon Baru di Anugerah Skrin 2009
  • Jawapan Trivia: Riz AF Belakang Fasha Sandha
  • ABBY ABADI TIDAK PERNAH MABUK MINUM ARAK



  • 12 Komen untuk entri “Gosip Pelakon Drama Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih”

    1. lynda kata:

      ini mesti abby abadi dgn zul kan

    2. Lisa kata:

      x syak lagi ini mesti abby abadi dah kekasih mudanya sekrang nie…
      HUuhhuuhhuuhhu

    3. Orng baik kata:

      Gosip itu dekat dngn fitnah dan fitnah ……………..

    4. Gosip Pelakon Drama Tinggalkan Anak Bercuti Dengan Kekasih (Budiey.com) kata:

      [...] Sumber: Budiey.com [...]

    5. Ntahla.. kata:

      Betul ke Abby….kalau betul sedihnye….kesian anak2 yg msh kcl tu….

    6. Eizlan Yusof kata:

      Banyaknye dosa ‘Cik Normah’ ni ye…bagus la tu….

    7. kiah vogeh kata:

      Abby ababi…. dengan zul budak taiping model seluar dalam…

      ….. buat pe bawa anak… kacau daun le…..

    8. kiah vogeh kata:

      silap sila abby abadi… le

    9. tokman kata:

      apa lah cik normah nie. sukati dia la… pandai2 je buat fitnah. tak mungkin pelakon tu buat camtu. macam la… awak tu tuhan. boleh nampak and percaya je cakap orang. Bagus betul wartawan malaysia nie kan, takde keje. fitnah, fitnah dan fitnah…. bagus… tahniah..

    10. bidut kata:

      ha ar ya. betul gak kata tokman tu… agak nya cik normah tu kesepian agaknya. kalau ya pun, cik normah, tak yah la.. terover sangat jeles tu…
      malu la.. sikit. kalau ya pun nak bergosip.. buat lar gosip yang bermaruah sikit. berhemah.. nampak sangat awak tu wartawan pojok

    11. NONA kata:

      tk tau la samada abby atau pun pelakon spa Q (lupa lak namanya)..khabarnya dia pun sedang bercuti ngan kekasihnya….pelakon drama….? ntah la…

    12. MIMIY kata:

      cik normah ni poyo,kalo gossip siap puji diri sendiri melampau melampau,mcm bagus.tah2 benda tu tkda saja reka cerita.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!